Followers

Powered By Blogger

Thursday, June 24, 2010

berjayakah aku????

2003........

SPM....belajar.......jgn main2.........prinsip hidup aku.....
ku pegang prinsip itu...
aku tetap aku...detik..saat..minit....ke telan...
masa aku hanya belajar....
setiap ujian berjaya ku tempuh namun tidak pernah aku gembira...
kerna setiap keputusan hanya mampu mecapai gred B,,C....kdg kala D pon timbul...
kenapa?????
hanya diri ini yang tahu....
masuk bulan ke lima baru aku sedar kenapa...
rupenya aku lalai dalam menunaikan kewajipan aku...aku sering leka sehinggalah terlepas waktu...aku sering kuar bersama kawan2 ku sehingga tidak terdetik untuk melihat waktu yang berlalu...
cuai....sengaja????hanya aku yang mampu menjawabnya...

aku kena kuat...ida mesti tabah...( bisikan dalam hatiku )
tinggal lagi 3 bulan untuk aku menjalani peperiksaan yang amat besar bagiku..
aku tak mahu lagi kecewa seperti dulu..aku harus bangun dan memberikan hadiah yang paling besar untuk mama dan abahku....
aku bersekang mata malam demi peperiksaan itu...aku hanya keluar bilik untuk makan dan menunaikan kewajipanku...
kadangkala hati ini sebak bila terasa terasing. aku kadang mahu bergembira dengan famili tapi apakan daya peperiksaan makin dekat. aku tau mama tentu faham kenapa aku jarang2 keluar bilik dan jarang berbual cam dulu2 ngan adik2 ku. mama memberiku semangat untukku. begitu juga abah dan kakakku. aku gembira bila diri ini diberi perhatian sebegitu. dorongan itulah yang membuat aku kuat untuk menghadapi hari yang bakal menyusul tiba ini.

tepat jam 8 pagi.......
semua pelajar masuk ke dewan dan mengambil tempat duduk masing2. aku ditempatkan di hujung belakang memandangkan nama depanku N. di sebelahku pelajar kelas lain dan aku hanya tersenyum. suasana dewan yang agak sepi membuatku tenang menjawab setiap soalan yang berada didepanku. kertas pada hari pertama sudah selesai. menyusul pula hari kedua, ketiga, dan keempat. aku menjawab setiap kertas dengan perasaan yakin. alhamdulillah...

hari terakhir...kertas bagi matapelajaran ekonomi asas. sebelum masuk ke dewan, aku menuju ke toilet dahulu. sambil menunggu kawanku aku membuka nota dan duduk di bangku di luar toilet. sedang asyik aku membaca aku terdengar "dab" lalu ku memalingkan muka ku ke belakang. aku hanya terlihat dua orang pelajar sedang berbual-bual. aku kembali membaca nota aku. sekali lagi bunyi yang sama tetapi kurasakan bunyi itu di kepala. lalu aku angkatkan tangan dan 'ish...apa lembik2 nie...aku lihat tanganku dan aku terus menuju ke sinki toilet kerana ditanganku ade tahi burung. aku tergelak seorang diri dan memanggil kawanku untuk menyuruh die menolongku membuang sisa-sisa tahi tang terlekat pada tudungku. dalam fikiran ku " tak de tempat lain ke nak berak..nak jugak berak atas kepala aku....ish..ish..ish....apalah nasib aku " bisik ku dalam hati.

kertas ekonomi asas aku jawab hampir semua soalan. sepatutnya pilih 4 antara 6 soalan yang diberi tapi cikgu aku cakap baik jawab semua kalu rase yakin dengan soalan2 lain. aku yakin untuk menjawab semua. tapi bagi cikgu lain...lain pula yang dikatakan. ada juga pemeriksa yang malas nak periksa semua soalan yang di jawab, jadi pemeriksa hanya ambil soalan terawal yang dijawab. aku pon xtau yang mana betul, aku jawab semua...

lepas semua bebananku selama ini...aku hanya menunggu untuk keluar dewan dan mengucapkan selamat tinggal pada kawan2ku...dan juga cikgu2 kami kerana ini adalah hari terakhir kami bersekolah.

menunggu tibanya hari keputusan SPM kami...

No comments: