Followers

Powered By Blogger

Thursday, July 14, 2016

JIKA ITU JODOHKU

MINAH SEMPOI Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, aku juga merupakan graduan UITM dari bidang Muzik. Aku dan muzik tak dapat dipisahkan. Kat mane-mane aku sunyi petik gitar kapakku ni, nyanyi apatah lagi. Sumbang pon sumbangla janji aku happy. Prinsip hidup aku, hidup biar happy, jangan biarkan jiwa kosong, yang penting, aku tak kacau orang. Serba sedikit tentang aku. Nama penuh Mira Aisa. Single. Anak kedua. Seorang yang sempoi, kelakar, suka tersenyum sorang-sorang (berangan je keje aku). Gambar sebelah ni, hero pujaanku.
Kenal tak? Hahaha.. Tak kenal tak pe, meh nak kenalkan. Nama Choi Minho. Umur 25 tahun. Lahir pada 9 Desember 1991. Suka colour biru. Seorang atlet, pelakon dan model. Semestinya asalnya korea. Golongan darah B. Tinggi 181 cm. Tinggikan? Aku suka minho sebab dia comel, baby face gitu. Bukan aku sorang je yang suka, ramai lagi awek kat sana yang tergilakan dia. Minho. So sweet, senyumannya. Hero pujaan ni. Sampai bila-bila aku suka dia. Pagi ni, aku ade kuliah bersama En Tan Chan, pensyarah vocal kami. Seprang yang agak garang tapi ada juga baiknya, dia suka sakat menyakat pelajar yang banyak membebel dari menyanyi. Biasalah, kelas vocal, nyanyi je la aku. Melalak sambil mataku melirik pada student baru. Alahai, rupanya iras-iras minho aku. Tu yang aku suka curi-curi pandang dia ni. Tapi dia tak tahu pon aku curi pandang padanya. Yela, budak hencem, mane nak tengok budak nerd macam aku ni. Nerd ke? Hahhhhaha… hanya aku yang tahu. Kelas seperti biasa berjalan, aku macam biasa, habis kelas melepak la aku bersama Rita di kafe, library. Kadang-kadang aku p window shopping. Cuci mata, tak habis duet pon. Habis masa. Hahhahaha Sedang aku membelek novel, aku tak perasan lak mamat tu ada kat sebelah, aku ni gelojoh sangat nak panggil Rita yang duk membelek buku masakan di sudut hujung sana, aku terlanggar la bahu mamat minho tuh. Alahai, die senyum je, aku terus minta maaf. Aku terus ke tempat Rita. Aku fikirkan mamat minho tuh blah macam tu je, rupanya die follow aku, kenapalah pulak mamat ni? Rupanya aku tercicir beg duet masa aku langgar die tadi. Jadinya, niatnya nak pulangkan pada aku la. Perasan sengsorang je aku ni, ingat dia nak ngorat aku. Seminggu berlalu, aku dan Rita menghabiskan banyak masa di library untuk study mana yang patut, selain kelas vocal, kami juga ada kemahiran lain yang perlu dipraktikkan. Aku dan Rita mempunyai impian yang sama, iaitu ingin menjadi penulis lirik dan juga ingin menubuhkan group menyanyi. Dengan pengalaman serba sedikit dalam bidang nyanyian ni, aku dan Rita akan gunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Peperiksaan akhir bakal menjelang, aku dan Rita bertungkus lumus untuk berjaya kali ni. Mamat minho pon ade sekali, rupanya die student dari oversea, yang terpaksa menumpang exam di sini sebab mengikut ayahnya pulang bekerja di Malaysia. Boleh pula mamat ni duduk tepi aku, mimpi ape ntah dia ni, ah, lantakla, malas aku fikir. Fokus..fokus, exam ni mira oi. Aku menampar pipiku, aku pon tak perasan mamat tuh asyik lihat aku menampar pipiku, malu aku apabila aku melihat die terkekek-kekek tahan gelak dengan telatah aku. Merah muka aku. Dalam hati, sapa yang tahu tahap malu aku ni. Exam sudah habis, kini tibalah masa untuk kami semua pulang ke kampong memandangkan keputusan lagi dua bulan akan diumumkan. Aku dan Rita akan pulang dengan keretaku, ayahku telah membeli kereta untukku, senang nak p class or mana-mana, baikkan ayahku? Kereta kancil putih. Warna kegemaranku. Terima kasih abah. Tiba-tiba teringat abah di kampong, lagilah buat aku cepat-cepat nak balik kampong ni. Sebelum pulang ke kampong, kami singgah di sebuah restoran bagi mengisi perot sebelum berangkat pulang. Aku memesan nasi goring pattaya dan Rita pula mee goring ladna. Sedang aku menunggu pesanan, aku membuka novel yang aku beli tempoh hari, terkejut aku apabila muka depan novel tersebut ade tertera nama handphone beserta nama Hairi, Aik, sapa lak ni nama Hairi? Pelik.. tapi ku biarkan, malas nak fikirkan. Rupanya sebelum aku membayar novel tempoh hari, mamat minho tuh sudah berpakat dengan cashier kedai buku tu untuk menulis nombor telefonnya di bukuku. Aku je yang tak perasan.
Seminggu sudah kami berada di kampong, Rita bersama keluarganya di kampong sebelah, aku bersama keluargaku, semua bercuti memandangkan sudah penghujung tahun termasuklah kakakku yang berada di Dubai juga turut pulang ke Malaysia. Kehidupan kami berjalan lancar dan bahagia sekali. Kami menerima kunjungan yang telah dirancang oleh teman lelaki kakakku, aku baru sedia maklum akan majlis merisik daripada Azhar, teman lelaki kakakku. Dalam ramai-ramai yang datang, aku perasan mamat minho pon ada.. kenapa dia ade sekali? Rupanya dia adik kepada Azhar, bakal abang iparku. Alahai, mamat ni je yang ada depan mata aku ni. Sabarla hati, jodoh aku kot?? Terperasan lak aku ni kan. “Assalamualaikum, awak, nama saya Ari. “ kenapa tak call saya?” Terkejut aku. “Waalaikumussalam..” mana saya ada nombor awak..” jawabku sambil tertunduk malu. “Tu,,,muncung mulutnya ke arah novel di tanganku.” “Aaaaa…ni nombor awak?” terkejut aku. “Haah.. nanti call, saya tunggu..” Hairi terus hilangkan diri disebalik keluarganya. Hubungan kami menjadi agak rapat sejak kunjungan keluarganya itu. Rombongan merisik sudah, majlis pertunangan kakakku dengan Azhar akan berlangsung lagi 2 minggu, kami semua sibuk mempersiapkan mana yang patut. Aku dan Hairi yang banyak keluar mencari barang bersama abah dan ma.. Biasalah, hanya aku yang ada, adik-adik aku belum mengerti apa-apa lagi kan. Hairi lagila, hanya dia dan Azhar je yang ada, 2 beradik je family dia. Aku keluar bersama mamaku, Hairi lak bersama ibunya. Hubungan kami juga direstui oleh kedua-dua family. Tak lama lagi majlis kami juga akan dilangsungkan sementara menunggu keputusan peperiksaan kami yang lagi tinggal 1 minggu. Berdebar kami semua menunggu keputusan. Keputusan telah keluar dan kami semua mendapat pointer yang boleh dibanggakan. Aku dan Rita meneruskan impian kami manakala Hairi ingin menyambungkan pelajaran dalam bidang lagi tinggi bagi menyenangkan kehidupan kami nanti, maklumlah lagi 3 bulan kami pula akan bertunang. Khabar gembira ini telah aku inform pada Rita. Rita sangat gembira sebab die tahu aku dah lama usha mamat minho ni. Dapat juga aku minho ni. Hahahhaah.. Aku dan Rita telah berjaya menubuhkan group kami. Kami banyak menerima undangan, dan aku rasakan inilah masa untuk aku dan Rita bersungguh dan kami takkan berputus asa. Aku dan Rita juga menolong student baru dalam urusan praktikal bagi menyempurnakan tugasan akhir mereka. Hairi telah menyambungkan pelajarannya di Dubai, dan tak lama lagi dia akan balik untuk majlis kami. Aku dan Hairi akan ditunangkan, dan lagi dua tahun kami akan berkahwin. Tu la perancangan yang telah dipersetujui kedua belah pihak. Kakak aku dan Azhar telah selamat diijabkabulkan seminggu yang lepas. Kehidupan mereka bahagia apabila restu ibubapa bersama. Segala persiapan telah sempurna semuanya, aku dan Hairi bakal melangsungkan perkahwinan lagi seminggu. Debaran penuh di hati kami berdua. Semoga semuanya berjalan lancar harapan kami. Aku dan Hairi sudah 2 minggu tidak bertemu memandangkan Hairi tidak pulang dari Dubai sebab ade assignment perlu dia ciapkan. Hari yang dinanti telah tiba, namun kelibat pengantin lelaki tiada. Aku berdebar. Pihak keluargaku juga begitu. Namun aku sabarkan hatiku. Setengah jam menginjak ke dua jam, debaran di hati tak dapat tertahan. Pihak pengantin datang tanpa Hairi. Mana dia? Soalku dalam hati.
Hatiku hancur, berita pernikahannya bersama Melissa telah sampai ke telingaku. Hatiku hancur tak dapat dicantum kembali. Kenapa sanggup dia lakukan ini padaku? Kenapa? Hanya Hairi yang ada jawapannya. Keluarganya juga tidak mengetahui punca sebenar. Aku padamkan segala memori terhadapnya. Biarkan aku begini. Tanpa lelaki. Aku noktahkan hidupku, single kembali. Hari berlalu, masa berlalu, tahun demi tahun, aku meneruskan kehidupan baru bersama seorang lelaki yang membimbingku semasa aku sunyi. Lelaki itu, yang menyedarkan hidup perlu diteruskan, walaupon dikecewakan, hidup ini adil bagi manusia yang baik sepertiku. Semangat dan dorongan yang telah diberi padaku, aku letakkan ia dalam hatiku ini. Sematkan agar aku dapat melupakan Hairi. Hairi hilang dari hidupku. Kini, Kamal, nama yang terpahat di hati ini. Tanpa majlis yang besar, kami dinikahkan dalam suasana yang sederhana. Aku bahagia disampingnya. Namun satu yang ku pelik yang ada pada Kamal, sikapnya, senyumnya, seiras Hairi. Kenapa Hairi? Aku biarkan dari berfikir benda yang tak penting bagiku. Biarkan ia dibawa angin. Dubai, itulah tempat aku dan Kamal bulan madu. Dubai? Kenapa Dubai? Ah, hilangkan dia daripadaku.
“Mira, salah ke kalau kita mencintai orang yang sudah tidak cinta pada kita?” Tiba-tiba Kamal datang dan memelukku dari belakang. “Kenapa abang tanya camtu?” Aku memalingkan mukaku ke arah suamiku. Aku pelik dengan pertanyaannya. Terselit cemburu dihatiku. Dia masih cinta kekasihnya dahulu ke? “Sebenarnya abang sudah kehilangan orang yang amat cinta, abang tahu dia mesti membenci abang selepas apa yang abang lakukan padanya.” Kamal melangkah ke kerusi. Aku mengikuti langkahnya. “abang, kenapa ni? Cuba cerita pada Mira.” “Mira, abang cintakan Mira dari dulu, sampai sekarang dan selamanya abang akan mencintai Mira.” Kamal memegang erat tanganku. “Abang, Mira pon.” Aku terus memeluk tubuhnya. “Tapi Mira, abang nak mintak maaf sebab ada benda abang rahsiakan pada sayang.” Aku terus mendongak memandang mukanya. “ Abang…” Aku hampir menitiskan air mataku, tapi ku tahan. Aku sudah bersedia mendengar apa sahaja berita kerana bagiku berita dahulu sangat memeritkan. Sekarang aku reda apa yang akan terjadi padaku kerana aku tahu, Tuhan Maha Adil bagi HambaNya. “Sebenarnya, Hairi…” Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kulihat air matanya menitis laju. “ Kenapa abang sebutkan nama dia? Mira dah lupakan dia semenjak kita bersua abang. Janganlah abang ungkit lagi,, Bagi Mira, abanglah segalanya..” Aku turut sebak dan menitislah air mata yang ku tahan tadi. “Abanglah Hairi Mira dulu..” Aku kaget. Ku lepaskan pelukan. “Mira tak percaya, camne abang boleh jadi Hairi? “ Aku menyoalnya bertubi-tubi. “Abang sebenarnya tidak pernah berkahwin dengan Melissa, itu hanyalah cerita rekaan semata-mata . kerana hari kejadian, abang ke airport untuk pulang ke Malaysia, kereta abang dirempuh lori, abang koma dan abang lumpuh.” Hairi @ Kamal menceritakan segalanya kepadaku. Hairi takut aku tidak akan menerimanya dengan keadaannya yang lumpuh. Dan mukanya yang seratus peratus lain, terpaksa menjalankan pembedahan plastic. Keluarga Hairi juga tak sanggup menceritakan kepada keluarga Mira. Sebab itulah pada majlis perkahwinan Mira dan Kamal, hanya sedara sebelah Mira sahaja yang menyambutnya selain sedara jauh Kamal @ Hairi bagi menyembunyikan rahsia sebenar Hairi dan Kamal adalah orang yang sama. Barulah aku faham kenapa perangainya, semua tentangnya sama antara Kamal dan Hairi. Rupanya orang yang sama. Orang yang aku cintai. Ya Allah, besarnya dugaan kami. Aku bersyukur, Tuhan masih sayangkan kami. _TAMAT_