Followers

Powered By Blogger

Thursday, June 24, 2010

puisi...buat kawan-kawanku......

ku tuju buat sahabatku semua....






hati....
sebentuk hati...
pelbagai perasaan kita alami...
kerinduan muncul dan melanda diri...
tatkala bersendirian...kite akan rasai....
rindu itu datang tanpa kite sedari...
kerna ia anugerah ILAHI...

teman...
pelbagai ragam...pelbagai soalan....
hanya kite yang faham...
diri sendiri yang lebih mengenali...
dugaan dalam persahabatan...
ujian dalam perhubungan....
kata-kata bagai racun...
sikap itu perlu diutamakan...
kerna,,
setiap apa yang berlaku tidak dapat diselesaikan dengan kata-kata....
hanya langkah penentu segalanya...
kite membendung....
kite mengekalkannya...
kite menceroboh....runtuhlah ia....
berkecailah jua.....

ketahuilah...aku terlalu sayang hubungan persahabatan yang terjalin ini....
moge kite semua kekal bersahabat dan terus bersahabat tak kira pangkat dan darjat...
tak kira usia muda dan tua....kerna kite adalah hambaNYA...hamba yang memerlukan lindungaNYA...amin...moge hidup kite sm2 diberkatiNYA...

salam mesra dr syahida sikari..

berjayakah aku????

2003........

SPM....belajar.......jgn main2.........prinsip hidup aku.....
ku pegang prinsip itu...
aku tetap aku...detik..saat..minit....ke telan...
masa aku hanya belajar....
setiap ujian berjaya ku tempuh namun tidak pernah aku gembira...
kerna setiap keputusan hanya mampu mecapai gred B,,C....kdg kala D pon timbul...
kenapa?????
hanya diri ini yang tahu....
masuk bulan ke lima baru aku sedar kenapa...
rupenya aku lalai dalam menunaikan kewajipan aku...aku sering leka sehinggalah terlepas waktu...aku sering kuar bersama kawan2 ku sehingga tidak terdetik untuk melihat waktu yang berlalu...
cuai....sengaja????hanya aku yang mampu menjawabnya...

aku kena kuat...ida mesti tabah...( bisikan dalam hatiku )
tinggal lagi 3 bulan untuk aku menjalani peperiksaan yang amat besar bagiku..
aku tak mahu lagi kecewa seperti dulu..aku harus bangun dan memberikan hadiah yang paling besar untuk mama dan abahku....
aku bersekang mata malam demi peperiksaan itu...aku hanya keluar bilik untuk makan dan menunaikan kewajipanku...
kadangkala hati ini sebak bila terasa terasing. aku kadang mahu bergembira dengan famili tapi apakan daya peperiksaan makin dekat. aku tau mama tentu faham kenapa aku jarang2 keluar bilik dan jarang berbual cam dulu2 ngan adik2 ku. mama memberiku semangat untukku. begitu juga abah dan kakakku. aku gembira bila diri ini diberi perhatian sebegitu. dorongan itulah yang membuat aku kuat untuk menghadapi hari yang bakal menyusul tiba ini.

tepat jam 8 pagi.......
semua pelajar masuk ke dewan dan mengambil tempat duduk masing2. aku ditempatkan di hujung belakang memandangkan nama depanku N. di sebelahku pelajar kelas lain dan aku hanya tersenyum. suasana dewan yang agak sepi membuatku tenang menjawab setiap soalan yang berada didepanku. kertas pada hari pertama sudah selesai. menyusul pula hari kedua, ketiga, dan keempat. aku menjawab setiap kertas dengan perasaan yakin. alhamdulillah...

hari terakhir...kertas bagi matapelajaran ekonomi asas. sebelum masuk ke dewan, aku menuju ke toilet dahulu. sambil menunggu kawanku aku membuka nota dan duduk di bangku di luar toilet. sedang asyik aku membaca aku terdengar "dab" lalu ku memalingkan muka ku ke belakang. aku hanya terlihat dua orang pelajar sedang berbual-bual. aku kembali membaca nota aku. sekali lagi bunyi yang sama tetapi kurasakan bunyi itu di kepala. lalu aku angkatkan tangan dan 'ish...apa lembik2 nie...aku lihat tanganku dan aku terus menuju ke sinki toilet kerana ditanganku ade tahi burung. aku tergelak seorang diri dan memanggil kawanku untuk menyuruh die menolongku membuang sisa-sisa tahi tang terlekat pada tudungku. dalam fikiran ku " tak de tempat lain ke nak berak..nak jugak berak atas kepala aku....ish..ish..ish....apalah nasib aku " bisik ku dalam hati.

kertas ekonomi asas aku jawab hampir semua soalan. sepatutnya pilih 4 antara 6 soalan yang diberi tapi cikgu aku cakap baik jawab semua kalu rase yakin dengan soalan2 lain. aku yakin untuk menjawab semua. tapi bagi cikgu lain...lain pula yang dikatakan. ada juga pemeriksa yang malas nak periksa semua soalan yang di jawab, jadi pemeriksa hanya ambil soalan terawal yang dijawab. aku pon xtau yang mana betul, aku jawab semua...

lepas semua bebananku selama ini...aku hanya menunggu untuk keluar dewan dan mengucapkan selamat tinggal pada kawan2ku...dan juga cikgu2 kami kerana ini adalah hari terakhir kami bersekolah.

menunggu tibanya hari keputusan SPM kami...

menjejaki satu tapak lagi

awal tahun 1999...
aku menjejakkan kakiku ke sek men....di mana ia penentu masa depanku...
aku yg mencorak...aku yg menghidupkan warna warni hidup aku sendiri...
siang berganti malam..malam hilang pagi menjelma...senja tiba malam menyusul....
rutin harian....pergi sekolah...balik sekolah....tdur....
aku....hanya pelajar yang tidak mengenal apa itu kawan sebenar...kawan yang bakal membuat hidup aku ntah apa2....kawan yg akan mempengaruhi setiap apa yg akan ku lakukan...terlalu banyak dugaan sepanjang aku berada di sekolah itu...iaitu sek men keb kota bharu....
aku suke ade ramai kawan...aku bhgia...aku makin matang bile diri ini mencecah ke angka 14 tahun...fikiran sedikit matang....sedikit malu ngan kawan2 berlainan jantina....
sedikit sebanyak membataskan pergaulan....

hari demi hari...masa demi masa...dan tahun demi tahun...
aku kini berada di tahun yang bakal menunjukkan hala tuju aku...
aku kini hanya tinggal 1 bulan untuk menjalani peperiksaan PMR....
aku telah banyak ketinggalan pelajaran kerana asyik dengan kemewahan dunia yang penuh dengan permainan...
aku banyak menghabiskan masa di rumah...tapi bukan dengan belajar....tapi dengan tdo..makan....tu saje...buku2 aku tinggalkan..sehinggalah terdetik sekecil kuman peperiksaan bakal menyusul...
aku kuatkan semangat ku yg hanya sebesar zarah...sekecil tapak tanganku...
detik tiba....aku kurang yakin akan diriku...
kertas demi kertas telah ku jawab...
namun,...hatiku tidak girang kerna ku tau setiap kertas yang aku jawab xkan mampu memberikan hadiah termahal buat parent ku...hanya setakat gred b yang mampu ku berikan....aku x mampu untuk menunggu hari keputusanku...
ku berserah........

sekarang........hari yg di nanti tiba......
aku memberanikan diri tampil ke hadapan...untuk mengambil sehelai kertas yang sangat penting...iaitu slip PMR.. seperti yg aku sangka...keputusanku setakat cukup2 makan sahaja...sesuailah dengan usaha selama nie yg hanya banyak bermain....

aku tabahkan hati...aku melangkah setapak lagi...form 4 aku ditempatkan ke kelas perdagangan...aku tak tau apa makna perdagangan...lalu hati ini memberontak untuk pertukaran kelas...aku nek turun ke bilik kaunseling bagi memujuk guru kaunseling ku menukarkan ku ke kelas akaun....rayuan ku diterima kerana result aku xseteruk kawan2 ku yang lain ( yang ditempatkan dalam kelas perdagangan)...tapi aku tetap diberi nasihat kelas akaun terlalu susah untuk belajar kerana setakat matematik B,ia tidak dapat membantuku untuk belajar akaun dan matemarik tambahan.
setelah 4 hari berfikir...aku rasa baik aku teruskan di kelas perdagangan walaupon aku xtau hala tuju aku selepas belajar matapelajaran ini..tambahan lagi aku perlu belajar matapelajaran ekonomi asas yang ntah apa2 maksudnya...

sebulan sudah aku berada dalam kelas itu...namun hanya yang mampu ku ucapkan..ku bersyukur kerna ujian pertama aku mendapat markah yang paling tinggi dalam kedua-dua matapelajaran yang amat asing bagi aku. aku mendapat markah 78% bagi matapelajaran perdagangan dan 82% bagi ekonomi asas. cikgu bagi kedua-dua subjek itu memanggilku ke depan dan memujiku di depan pelajar kelasku...aku bangga..ini semua kerna aku rajin mentelaah setiap apa yang cikgu aku beri untuk kami semua.

aku rasa makin suka akan ke semua subjek yg aku ambil...terutamanya subjek yang asing tu dan juga subjek geografi.

masuklah bulan keempat aku...aku baru perasan ade sorg budak lelaki yang asyik memandangku....aku paling benci budak itu...sehinggalah pada suatu hari die memberanikan diri untuk berkenalan denganku. aku hanya mampu senyum kerna aku xsuke bergaul rapat dengan budak lelaki. makin aku jauh rupanya makin dia dekat untuk kenali aku. aku terima salam perkenalan darinya. namun jauh di sudut hatiku, aku xnk bercinta kerna bagiku cinta itu hanya membuang masa ku untuk belajar. namun...hati ini tidak kuat untuk tidak menerima cintanya kerna aku nampak kesungguhannya. hari demi hari....aku lalai...aku leka dalam belajar...sehinggalah pada suatu masa aku dipanggil ke bilik guru kerana keputusan pepriksaan bulananku merundum jatuh...cikgu sangat kecewa dengan sikapku yang asyik dengan cinta. aku sedar selepas menerima teguran itu lalu aku membuat keputusan untuk meninggalkan 'kekasihku' itu,. aku kembali seperti dulu..aku bangun dari jatuh, aku xmahu lagi di panggil ke bilik guru semata-mata kerana cinta. ujian tiba...aku dapat keputusan yang agak baik. cikgu bangga dengan aku buat kali kedua...aku terharu dan aku teruskan usahaku sehinggalah tiba ujian terakhir iaitu ujian hujung tahun. buat pertama kalinya aku dilanda masalah yang agak besar. setiap malam aku diganggu panggilan telefon dari kekasih yang aku tinggalkan. pada waktu sekolah die xkan menggangu ku kerna aku sentiasa bersama kawan2 ku. panggilan demi panggilan dia mencuba tetapi aku tidak menghiraukan sehinggalah ayahku mengangkat dan memberinya nasihat. mamaku pernah memarahinya kerana die pernah datang ke rumahku untuk berjumpa denganku dan ingin ku kembali ke sisinya namun aku xpernah menghiraukannya. cukuplah aku gagal sekali dalam pelajaran. aku sangkakan aku dah selesai dengannya rupanya berita ini sampai ke pihak kaunseling sehinggalah aku di panggil. dia mengadu pada kaunseling bahawa aku yang membuat setiap keputusannya teruk dengan mengatakan aku xmahu menolongnya bile die mahu aku mengajarnya matapelajaran yang die xpaham.aku hanya mampu berdiam kerana dia mengada-adakan ceritanya.sebaliknya dia xpernah bertanyakan padaku.

aku harus kuat...aku harus mengharungi semua ini tanpa memberitahu ibubapaku. aku harus belajar berdikari, aku harus.........

ujian tiba...seperti biase aku menjawab setiap kertas yg ada di depanku.... aku tidak seyakin sebelum ini..fikiranku berkecamuk....

keputusan peperiksaan akhir tahun keluar dan aku hanya mampu kerana usahaku sedikit sahaja mebuahkan hasil namun aku bersyukur kerana setiap matapelajaran aku lulus dan baik.

terima kasih kerana memberikan semangat yang kuat dalam diri ini...

sekecil-kecil manusia

assalamualaikum pembuka kata....

salam manis semanis madu....
salam sayang salam rindu dan salam kasih...

buat pertama kalinya aku mencoretkan bait2 kata...
cerita yang tak pernah diketahui selain famili aku.....

1st...dalam sejarah....aku dilahirkan selepas kakakku,,,pina...sudah melihat dunia yang indah ini selama 2 thn...sekarang aku dilahirkan di bumi yang damai ini....
tangisan...senyuman....pelbagai ragam.....
aku di sayangi....dipeluk cium...dibelai dan dimanja.....
selangkah umurku berganjak...
selangkag itulah ragam ku berubah..
dari bayi sehinggalah kanak2....
dari peringkat kanak2 melangkah ke zaman budak2...zaman sekolah...
jejak aku ke sekolah tanpa rasa apa2...
tanpa rasa mahu belajar...sehinggalah aku meningkat ke usia 9thn dimana aku sudah boleh memilih subjek yg aku suke iaitu matematik....
cikgu aku yg mengajar subjek matematik ialah cikgu ismail...
masih ku igt wajahnya kerna dia adalah cikgu yg plg mgambil berat hal2 murid2 nya...
aku adalah antara murid yg plg aktif n kuat stadi ( zmn kecik2 kan....sume suke)
emmmm......masih lagi aku igt,....1 mse...aku demam....dan time tu jugalah kwn aku....dak plg nkl...ntah tibe2 aje ms aku berjalan menuju ke pintu keluar kelas...tiba2 terhempap satu benda yg agak keras dikepalaku..ku terasa pening....nak pitam...tapi sempat aku mencari satu kerusi dan duduk sekejap...kawan baikku...ilyani....bertanya padaku...kenapa???aku hanya mampu menjawab..penyapu terjatuh ke kepalaku....hanya gelak yang ku dengar dari rakan2 sekelasku...aku hanya mampu berdiam...sehinggalah gelak tawa mereka hilang kerana cikgu ismail sudah datang untuk mengajar kami semua. aku tak mampu berdiri kerana kepalaku masih sakit. cikgu ismail datang ke tempatku dan bertanya....kawan aku yg memberitahu kenapa aku asyik memegang kepalaku yang sedikit benjol ini akibat hentakan penyapu yy terhempap di kepalaku dek kerna kwn sekelasku sengaja melepaskan penyapu yg dipegang semasa melihat aku menuju ke pintu keluar tadi. mukaku sedikit pucat. ku lihat cikgu ismail keluar dari kelas dan entah ke mana die menuju dan tidak sampai 5 minit cikgu ismail menyuruh ilyani mengemaskan barang2 ku. aku hanya diam dan hanya menurut langkah cikgu ismail apabila di suruh menurutnya. sesampai nya aku di kawasan parking, barulah aku faham. cikgu ismail ingin menghantarku pulang ke rumah kerana risaukan aku kot2 pasni pitam lak murid die yg pintar nie...(heheheh..perasan lak...biaselah..murid kesayangankan....)
10minit kemudian...sampailah aku di rumah....hanya nenek yang ada di rumah kerna parent aku berada di kg berangan...mama aku baru aje bersalin dan masih lagi berada di sana.. cikgu ismail meminta diri sesudah aku selamat masuk ke dalam rumah.
nenek menjagaku dan terus menelefon my parent. akibat hentakan penyapu tadi...aku berasa pening dan tertidur sampai esoknya.....

esoknya...aku pergi sekolah sepeti biase dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu ismail dan bisik hatiku...jagalah kau...atip ( budak yg sengaja hempap kepalaku ) ...aku balas nanti....