Followers

Powered By Blogger

Tuesday, February 22, 2011

RuMah BerHantu...

kisah nie bermula bila kami berada di semester kelima...
seperti biasa, aku, awi, bee, wanie, yna dan sue...
kami sentiasa berenam memandangkan kami satu kelas...
ke mana-mana kami akan bersama-sama....

kadang-kadang kalu sorang terlambat, kami akan tunggu jugak, sampaikan kami berenam kena denda berdiri depan kelas...cam budak-budak sekolah lak kan lecturer suh kami berdiri camtuh...
pernah kami menipu lecturer kami sebab kelewatan kami..
ketinggalan bus la kononnya...padahal aku dan wani drive sendiri ke kampus..
aku dan wani sahaja yang bawak kereta ke kampus,
kami terlewat hari tuh sebab aku bangun lambat,
ntah camner lak aku tertidur lepas balik kelas jam 10 pagi,
jam sudah jam 1 tapi aku masih lagi tidur,
kawan-kawan dah kejutkan aku tapi aku masih sambung tidur..
tu la sebab kami terlewat...jam 2.20 baru kami sampai ke kelas...
aku la yang menyuruh kawan-kawanku menipu...
biasalah budak nakal kan memang camtuh...
tapi kami tak kisah kena denda sebab kami student kesayangan semua lecturer yang ajar kelas kami...
jadi, kami biarkan aje...sebab salah kami juga lambat datangkan...


berbalik kepada tajuk aku kali nie...
dah banyak kejadian yang kami alami sepanjang kami berada di rumah sewa kami tu...
1st sekali ...
aku nie jenis mata yang senang nampak benda-benda halus camtuh, jadi aku tak berapa kisah sangatlah kalu aku tiba-tiba ternampak "benda" kan kat mana-mana...
jadi aku buat tak tahulah, malas nak citer kat sapa-sapa,
tak nak kawan-kawan umah takut...

nak dijadikan cerita, ada kawan aku sorang nie suka sangat memasak...
jadi dia selalulah turun ke dapur sorang-sorang...masak sorang-sorang,
tapi yang peliknya setiap kali dia nak turun, dia ada bagitahu kami dia ternampak lembaga hitam yang besar kat tangga tuh...
kami semua intai-intai la juga kan, tapi semua tak nampak lagi,
maybe sebab siang kot,,,,
jadi kami iyakan sahaja lah, nak sedapkan hati masing-masingkan....

lepas tuh, pada sebelah malamnya pula, memandangkan hujung minggu kan, kami selalu tidur lambat, borak-borak kosong aje kan,gelak-gelak, bergurau senda....
tapi, aku dah mula perasaan bila aku tiba-tiba ternampak lembaga besar itu di atas van depan rumah aku,
saat tu aku tengah "bergayut" ngan pakwe aku, biasala kan, hujung minggu camnie la time untuk aku habiskan kreditku kat pakwe aku..sedang aku borak, aku sajalah nak keluar ke balkoni depan umah kami tuh, dan tiba-tiba aku aku terpandang "benda" tuh, lalu ke terus masuk dalam bilik dan menyambung perbualan itu dalam keadaan terkejut...aku diamkan sahaja tanpa menceritakan kat dak-dak umah aku...

bermula pada hari itulah,
sorang demi sorang kena ganggu ngan benda tu....
bermula ngan dak bilik depan....
dorang cakap kena tindih, ade yang kena sentuh, ada yang terdengar budak menangisla.,,
macam-macam dorang ceritakan...
aku pon membuka cerita yang aku simpan selama nie..
aku ceritakan apa yang pernah aku nampak sebelum ini..
makin la dorang takut bila aku sendiri pernah nampak benda tuh memang ada kat tangga setiap hari, siang-siang pon ade gak ...
pelik kan siang-siang pon still ada...


tapi lama-kelamaan kami sudah biasa dengan situasi itu, adanya kehadiran "benda" lain dalam rumah kami...
jadi kami tak kan biarkan salah sorang berada di rumah bila kami mahu keluar, takut juga terjadi apa-apa kan bila bersendirian...

tapi perkara ini berlanjutan...makin teruk....kami sangkakan benda tu tak kan kacau kami...
sehinggalah pada satu malam,
sedang aku dan teman-teman bilik study,
aku terdengar satu benda jatuh di aras bawah,
aku biarkan dulu,
tapi lama-lama makin kuat di gegendang telingaku,
teman sebilikku turut dengar...aku mencapai telefonku dan terus menelefon dak bilik depan memandangkan jam sudah jam 3 pagi...takut nak ketuk bilik dorang sebab takut ternampak benda tu kat tangga, naya je aku,,kang pengsan lak, dah lah jam 3 pagi nie...
panggilan aku di jawab, tapi aku tidak mendengar sebarang kata, aku terus bercakap menyatakan aku terdengar benda jatuh, alhamdulillah kawan aku membalas pertanyaan itu, dorang takut nak bercakap sebab aku jarang call dorang, aku selalu mesej aje bila ada apa-apa,,,kami sepakat mahu turun ke bawah untuk tengok apa yang terjadi...
aku hanya fikir ada orang pecah masuk umah, tapi kawan-kawan kau fikir lain, dorang fikir benda tuh mengamuk sebab kami bising-bising awal pagi camnie...
aku malas fikir panjang, aku mengajak dorang ke bawah...hatiku berdebar-debar...
ne tau ada orang kat bawah kan...kami membawa macam-macam peralatan kot-kot ada orang kan, leh kami pukul terus...(lucu lak aku asa bila masing-masing pucat dan memegang tangan antara satu sama lain)...

time tuh, wana la yang berani, dia yang berada didepan sekali, memandangkan kami lebih tua, aku dan wana menyuruh adik-adik umah tunggu kat tangga aje,tapi, kami tak nampak kesan-kesan orang pecah masuk rumah sebaliknya ada barang-barang yang kami susun di tepi toilet habis berselerak, macam ada orang sengaja jatuhkan...
sekarang aku sudah fikir lain, sebab memang tak da tanda-tanda orang masuk umah...
kami terus menuju ke bilik dan mengunci bilik masing-masing...
kami bersepakat mahu berbincang pasal ni esok hari saja sebab kami tak tahu tak buat apa-apa pun..
tidur kami semua tidak lena kerana ketakutan...

besok paginya, kami sama-sama mengemas barang-barang semalam...
masih tiada jawapan bagi kejadian semalam, jadi kami biarkan sahaja,
tapi aku masih sempat bertanya semalam dorang buat apa sebelum kejadian tu?
dorang mengaku salah sebab membuat bising, gelak kuat-kuat tapi dorang ade jugak terdengar suara lelaki sayup-sayup time dorang gelak-gelak semalam...tu yang dorang senyap bila aku call semalam...
kadang-kadang benda tak logik tu la yang buat kita hairan,,tapi sebaliknya ada hikmah,,,
kenalah jaga, malam-malamkan...time untuk tidur, bukan untuk bergelak ketawa...

kami lupakan terus kejadian tuh memandangkan kami semua bakal menduduki peperiksaan akhir untuk semester lima ni...

Kami sangkakan tak kan berlaku lagi..
tapi...sebaliknya terjadi kejadian yang betul-betul membuatkan kami berfikir mahu berpindah dari rumah itu...
kejadian di mana bilik bawah kami sewakan pada pelajar tahun dua dan berkongsi bilik dengan penghuni yang sudah bekerja kononya la kan, aku pon tak tahu dari mana lah dorang kenal kan, aku malas nak amek tahu sebab aku sudah tidak pegang duit-duit sewa lagi, aku malas dah nak jadi ketua rumah, jadi aku menyuruh wana yang amek tugas itu..
kejadian pelik mula-mula terjadi bila adanya kehilangan duit...
kami berbincang masing-masing tidak mengaku, jadi kami sepakat untuk memanggil ayah kepada dak bilik depan aku,Ina ...bukan apa kan, tak nak la ada kes-kes mencuri dalam rumah kami, sebab sebelum ini tiada apa-apa yang berlaku sebelum kehadiran dua penghuni lain tuh..
malam itu, ayah Ina datang dan memberikan sedikit nasihat untuk kami semua...
ayah Ina ada bagitahu kami supaya mengaku sebelum dia dapat tahu kebenarannya,,
antara kami tiada yang mengaku sehinggalah kami semua diwajibkan minum air yang sudah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran....

ada salah sorang antara kami kelihatan agak gelisah, kami membiarkan ayah Ina selesaikan...ayah Ina memberitahu kami bahawa di luar rumah kami ada "benda" yang agak menakutkan.aku dan dak-dak umah pucat dah....ye la kan, bila ayah Ina menerangkan apa yang ada di dalam dan luar rumah ni...

berbalik kepada kejadian tadi, ayah Ina memberitahu kami semua slaha sorang dari kami ternampak kelibat wanita yang di maksudkan oleh ayah Ina, tu sebab dia kelihatan agak gelisah...kami mendiamkam diri semua..

tepat jam 12 malam, kami diarahkan tidur, ayah Ina pon sudah mahu pulang ke rumahnya..

kejadian demi kejadian kami alami, namun belum ada penyelesaiannya...






****to be continued****

No comments: