Followers

Powered By Blogger

Wednesday, February 23, 2011

BEraLuNan LaGu....SeiNdah BunGa di TaMan....seMerbak Kasturi...

Tatkala terpandang susuk tubuh tua itu, fikiranku menjadi kelam, mengingati masa-masa kecilku. Aku dibesarkan di sebuah kampung, hidup bermandikan perigi tua, berselimutkan mengkuang, bertilamkan tikar, berbantalkan sejadah. Suasana kampung yang damai membuatkan aku tidak pernah merasa rendah diri, pergaulan antara kami satu kampung membuatkan kami adik-beradik dibelai dan dimanjai dengan penuh kasih sayang.
Orang-orang kampung kami semuanya bersikap kejiranan, tolong-menolong dan kami semua bagaikan sebuah keluarga.

Ingatanku pada masa kecilku hilang bila aku rasa ada sesuatu yang melanggarku dari belakang, ku berpaling dan melihat kelibat perempuan tua terjatuh hampir-hampir di kakiku seperti bersujud. Aku terus mengangkat dan dia memohon maaf kerana terlanggar aku, aku hanya tersenyum dan memapahnya ke tepi kerana salah aku juga termenung di tengah-tengah jalan itu.

"Mak cik nak ke mana?", aku bertanya. "Mak cik nak ke rumah anak mak cik, nak." Jawab perempuan tua itu.

"Kat mana rumah anak mak cik?, soalku, "Boleh saya hantarkan", sambungku lagi. "Tak apalah nak, mak cik boleh naik teksi saja, lagipun anak mak cik ada berikan makcik duit untuk tambang teksi," balasnya.

"Kalau camtu tak apalah mak cik, saya pergi dulu ye," aku terus melangkah meninggalkan perempua tua itu. Perempuan tua itu terus melangkah ke perhentian teksi yang tidak berapa jauh dari tempat kami berdiri itu.

Aku terus melangkah ke tempat parking dan menghidupkan enjin keretaku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aku terus memecut ke pejabatku.

"Mira, bos nak jumpa kau, dia tengah tunggu kau tu," Dila memberitahuku sebaik sahaja aku muncul di pintu depan pejabat. "Ok Dila, Thank You," Aku terus ke bilik bos.

"En Rahim cari saya tadi?", aku terus bertanya sebaik sahaja En Rahim menyuruhku masuk sebaik sahaja ketukan pintu didengarinya.

"Mira, kamu dah siapkan laporan yang saya minta petang semalam?", Soalnya.

" Sudah En Rahim, nanti saya pergi ambil, ada apa-apa lagi En Rahim?"

"Erm, malam ni kamu ada rancangan ke mana-mana tak? Kalau kamu free saya fikir nak ajak kamu dinner dengan saya malam ni sebab ada klien nak bincangkan projek bersama," Jelas En Rahim.

" Boleh En Rahim, saya pun tak ada planning nak ke mana-mana malam ini," jawabku dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Ok Mira, nanti saya datang ambil kamu jam 8 malam," En Rahi menawarkan diri untuk mengambilku di rumah.

"Erm, tak apalah En Rahim, saya jumpa En Rahim teruslah kat mana-mana," Balasku.

"Ok la kalau camtu, jumpa kat Hotel Season ye malam ni, jam 8." Balas En Rahim. En Rahim amat menghormati personaliti Mira, baginya Mira cukup sempurna dari segi sopan santunnya dan kesungguhannya bekerja membuatkan En Rahim menganggapnya sebagai anaknya sendiri.

Malamnya, Mira terus bersiap dan tepat jam 8 Mira sudah sampai ke Hotel Season. Mira melangkah menuju ke tempat yang telah di janjikan. Temujanji mereka mengambil masa selama 3 jam, dan tepat 11 malam, mereka semua mengundurkan diri.

"Mira, sekejap, saya mahu perkenalkan kamu dengan mak saya, boleh kamu tunggu sekejap? Anak saya dalam perjalanan bersama neneknya tu, saya sengaja mahu kamu bertemu dengan mak saya, kan kamu juga mahu mengenali keluarga saya," En Rahim bersuara sebaik sahaja melihat Mira ingin melangkah keluar.

"Oh, ok En Rahim saya tunggu, mak En Rahim bila lagi sampai sini?,Soalku dengan penuh minat.

"Baru petang tadi dia sampai, saya ambilnya di perhentian teksi Ampang tadi," Jawabnya dan kelihatan tangannya menekan butang-butang hanphonenya, agaknya mahu menelefon anaknya.

Tidak lama selepas itu, dalam 10 minit, kelihatan susuk tubuh seorang perempuan dengan seorang jejaka tampan masuk ke dalam dan menuju ke meja kami. Perempuan itu kelihatan sangat menawan dengan baju kebaya berwarna kuning dan di padankan dengan selendang berwarna hitam, menutup rambutnya. Aku terpegun seketika, memujinya dalam hatiku, perempuan ini sungguh pandai menjaga penampilannya.

Sebaik sahaja En Rahim memperkenalkan aku kepada mereka. Aku terkejut kerana perempuan tua yang aku jumpa di kota tadi adalah ibu kepada En Rahim tetapi sedikit terkejut dengan penampilannya, jauh berbeza dengan perempuan tua yang aku jumpa tadi. Tadi, perempuan itu hanya menyarungkan baju kurung yang agak lusuh serta hanya berselipar, tetapi sekarang perempuan itu bertukar wajah, dengan berkebaya dan berkasut penuh yang menggambarkan perempuan ini seorang yang berpelajaran dan mempunyai sebuah perniagaan yang berjaya. Aku menyambut salam yang dihulurkan dan melemparkan senyuman kepada kedua-dua antara mereka. Rupanya syarikat En Rahim adalah milik perempuan yang berada di depannya sekarang.

Aku diperkenalkan,dan kelihatan perempuan yang agak berkaliber itu masih mengingatiku. Kami sama-sama bercerita dan hampir melupakan kehadiran kedua-dua mereka yang berada di depan kami, En Rahim berdehem dan kami yang asyik bercerita berhenti sekejap dan memandangkan ke arah mereka. En Rahim bertanya kerana agak pelik melihat keakraban kami. Kami menceritakan pertemuan kami petang tadi. En Rahim kelihatan agak tenang selepas mendengar penjelasan kami. Aku di perkenalkan pula dengan anak En Rahim, Farhan. Farhan anak tunggal En Rahim dan Puan Khadijah, Farhan baru menghabiskan pelajarannya di German, sekarang masa untuk Farhan menolong ayahnya di pejabat, sebab itulah En Rahim mahu menemukan aku dengan anaknya supaya kami boleh bekerjasama bila Farhan masuk ke pejabat nanti. Farhan kelihatan seorang pendiam, dia tidak terlalu serius, tapi banyak mendengar dari bercakap. "Mungkin sebab tak ada topik yang dia nak utarakan kot", fikirku dalam hati. Kami bertemu dalam masa yang singkat sahaja kerana malam sudah lanjut, jam 12.30 malam aku sampai ke rumah dan terus masuk tidur kerana aku bekerja esok pagi.

" Mira, hari ni Farhan cakap nak masuk office, nanti kamu tolong tunjukkan bilik dia dan bantu dia apa-apa yang perlu ye, saya ada meeting kat luar sebentar lagi, takut tak sempat kalau nak tunggu Farhan sampai," En Rahim terus berlalu sebaik sahaja anggukan di kepalaku tanda aku bersetuju.

Aku meneruskan kerjaku dan tepat jam 9 pagi, kelihatan Farhan masuk dan terus ke tempat aku, mungkin dia sudah tahu mana tempat aku atau dia sudah sedia maklum oleh En Rahim.

Hari ini aku habiskan masaku dengan Farhan, menerangkan tugas yang akan dipikulnya. Farhan hari ini nampak lain, cara percakapannya, cara renungannya, menandakan dia bersungguh-sungguh mahu bekerja dan hari ini dia lebih banyak bertanya tentang kerjanya. Kami kelihatan agak serasi bersama, rasanya kami boleh bekerjasama kerana Farhan bukanlah seorang yang pendiam, jadi taklah aku segan bila perlu bekerja dengannya.

Hubungan kami semakin erat bila En Rahim selalu menyuruh aku dan Farhan handle projek-projek besar dengan klien. Kami selalu outstation dan selalunya dia akan membawa neneknya bersama, so tak de lah aku segan, ada jugak peneman aku di bilik. Aku juga semakin erat dengan nenek Farhan, kami banyak bercerita, aku banyak menceritakan kehidupan aku sebelum ini, kampungku, dan nenek Farhan seperti menyukai kampungku dan mahu aku membawanya bersama bila aku mahu balik ke sana.

Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi, jadi aku merancang mahu pulang ke kampung dan berjanji akan membawa nenek bersama.

" Mira, nanti kita nak balik kampung Mira petang ke malam?," Soal nenek sebaik sahaja aku melangkah masuk ke rumahnya, aku dijemput makan malam bersama keluarga En Rahim.

" Saya tak kisah nek, petang pun boleh nek, boleh saya bawa nek jalan-jalan keliling kampung, " balasku.

" Mak nak apa-apa tak nak saya belikan untuk persediaan nek beraya kat kampung Mira nanti? Soal Rahim kepada emaknya.

" Mak rasa tak payahlah Rahim, lagipun mak dah beli dah semua petang semalam dengan Farhan tu," jawab Puan Mariam.

" Eh, abang, mana si Farhan ni, kan tadi saya dah ajak turun makan ni, apalah yang dibuatnya dalam bilik tu, Milah, panggilkan Farhan tu, makan sama-sama kami," Puan Khadijah bersuara dan menyuruh orang gajinya memanggil anak lelakinya.

Farhan turun sebaik sahaja bibik mengetuk biliknya.

Farhan menjeling ke arah Mira yang kelihatan cantik malam itu walapun hanya mengenakan baju kemeja bersama skirt labuh dan berselendang kuning.

"Farhan nek jadi nak join Mira ke kampung, kamu mahu ikut kami?, Soal Puan Mariam sebaik sahaja mereka selesai menjamu selera.

" Farhan pun ada fikirkan juga, tapi Farhan seganla nek sebab tak de pun orang ajak Farhan ni nek, siapalah Farhan ni." Nada suara Farhan agak menurun seakan merajuk, Mira terus menjeling ke arah Farhan, Farhan menyengitkan matanya kononnya mahu bergurau dengan Mira. Mira hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

" Eh, Mira apa yang kamu gelengkan tuh?," Pn Mariam bersuara.

" Erm. Tak de nek...mana ada saya geleng, saya pandang nenek la, jawab Mira dengan muka yang sudah merah kerana malu Pn Mariam perasan akan tindakannya apabila Pn Mariam ternampak Farhan menyengitkan matanya ke arah Mira, Pn Mariam hanya tersenyum, faham maksud budak-budak zaman sekarang ni.

Seminggu beraya di rumah Mira, Pn Mariam agak rapat dengan ibu Mira, ini kerana masing-masing kelihatan serasi bila menghabiskan banyak masa waktu-waktu petang. Ibu Mira, Pn Rosnah, ada dusun buah-buahan di belakang rumah, jadi banyak masanya dihabiskan di dusun itu. Pn Mariam juga suka bercucuk tanam suatu ketika dulu jadi tidak kekoklah bila mengikuti ibu Mira ke dusun. Walaupun jarak perbezaan umur antara Pn Rosnah dan Pn Mariam agak berbeza, namun Pn Mariam kelihatan berbeza sedikit sahaja dari segi fizikal kerana Pn Mariam menjaga penampilannya berbanding dengan Pn Rosnah yang hanya berkain sarung dan berbaju kedah pendek yang banyak menghabiskan masa di dusunnya. Namun personaliti seseorang tidak penting bagi Pn Mariam, yang penting baginya budi pekerti, itulah sikap yang Mira segani yang ada ada dalam diri Pn Mariam iaitu nenek Farhan.

Pn Mariam berkenan dengan Mira dan merasakan mahu menjadikan Mira sebagai isteri Farhan. Dengan budi pekertinya yang baik, Pn Mariam merasakan Mira dapat menjadi isteri yang baik untuk Farhan dan berdoa moga-moga antara mereka bertemu jodoh suatu hari nanti.

" Mira, kamu ok? bestkan duk kat kampung, tenang je saya rasa," tegur Farhan sebaik sahaja melihat Mira melabuhkan punggungnya di wakaf di depan rumahnya.

" Farhan suka?, Baguslah, boleh la ikut saya lagi, kita bawak ayah dan ibu Farhan sekali," Mira tersenyum manis disamping Farhan.

"Mira, dah lama saya nak bertanya pada kamu, tapi saya segan, takut kamu fikirkan pelik-pelik tentang saya...er....Mira, kamu sudah ada kekasih ke?, Farhan kelihatan tunduk dan tidak lama selepas itu kembali merenung ke dalam mata Mira.

"Farhan, manalah saya ada kekasih, masa saya hanya dengan kerja, tak sempat nak fikirkan soal kekasih, erm...kenapa awak tanya ni Farhan? Awak nak saya carikan untuk awak sorang ye? Gurau Mira, merah pipi Farhan yang agak keputihan itu bila di sakat oleh Mira.

" Mira, awak ni kan, saya tanya awak la, awak lak tanya saya," Farhan terus mencebik kerana malu rasanya Mira menyakatnya.

"Farhan, saya gurau jela, tapi kenapa awak tanya camtuh?", Soal Mira sebaik sahaja Farhan merenungnya kembali. Mira mengalihkan pandangannya ke arah sawah yang berada tidak jauh di depannya, Mira malu apabila Farhan merenungnya.

"Mira, tak ada apalah, saja tanya," Farhan melupakan pertanyaannya.

"Erm. Ok han, jomlah kita masuk dalam, dah nak maghrib dah ni, nanti kang kena sorok dengan bidadari kang, tak kahwin la kamu pasni, " gurau Mira.

" Best apa leh kahwin dengan Bidadari, mesti cantik macam awak, " Balas Farhan dan mengenyitkan mata kepada Mira, Mira memunjungkan bibirnya. Tersenyum Farhan, "makin cantik pulak aku tengok Mira ni, omel Farhan perlahan."

"Morning tuan puteri," Bisik Farhan perlahan ke telinga Mira sebaik sahaja Farhan menuruni tangga sambil Mira berjalan naik ke atas untuk mengambil barang yang tertinggal di bilinya.

"Erm. morning, ingat awak tak nak balik dah, kalau lambat tadi saya dah tinggal awak dah, biar duk sini sorang-sorang," Mira terus berlalu sebelum melemparkan senyuman yang cukup manis untuk Farhan.

"Farhan, jangan lupa makan dulu, nek tengah makan tuh, join la sekali, " Laung Mira sebelum masuk ke biliknya.

Farhan terus menuruni tangga, dan entah macam mana, kakinya tersadung dan terjatuh, lima anak tangga diredahinya, aduh, Farhan mengerang kesakitan.

"Eh, Han, ...", nenek terus meluru ke arah Farhan.

" Mira...Mira, tolong nek angkat Farhan ni, Farhan jatuh, " Laung nenek sebaik sahaj terpandang Mira keluar dari bilik.

Mira terus turun dan memapah Farhan. Farhan di baringkan di atas kerusi, kelihatan dahinya berdarah, Mira terus mengambil kain dan mengelap darah itu, makin banyak darah yang keluar, Mira terus ke belakang untuk memberitahu ibunya untuk membawa Farhan ke Hospital. Pn Rosnah dan Pn Mariam juga ikut serta ke hospital.

Sebaik sahaja sampai ke hospital, Farhan di bawa masuk ke bilik kecemasan. Beberapa minit kelihatan Farhan terbaring di katil dan di tolak oleh dua orang jururawat ke wad biasa. Aku hanya mengikuti mereka diiringi nek dan ibuku.

Alhamdullillah, keadaan Farhan sudah stabil, kehilangan darahnya membuatkan Farhan perlu berehat untuk beberapa hari lagi. En Rahim sudah dimaklumkan olhe nenek tentang keadaan Farhan, mereka terus datang melawat memandangka hanya 3 jam sahaja kampung aku dari rumah En Rahim.

Malamnya, ibu mengizinkan aku menemani Farhan kerana En Rahim perlu segera pulang ditemani oleh Pn Khadijah, aku menyuruh ibu membawa nenek pulang.

"Mira, maafkan saya, saya tak sempat nak beritahu awak, saya sayang awak," Farhan melambaikan tangannya ke arah Mira, semakin dekat Mira, semakin jauh Farhan pergi.

Mira tersentak sebaik sahaja bahunya disentuh dari belakang. Rupanya nenek dan ibuku telah datang. Aku tertidur kerana keletihan, entah jam berapa aku tertidur tadi, sekarang jam sudah jam 8 pagi, aku memohon untuk mandi dulu, nenek dan ibu menjaga Farhan.

"Ibu, nek, semalam saya mimpikan Farhan nek, bu. Saya rindukan dia nek, bu, aku terus memeluk ibuku. Nenek memegang bahuku menyuruhku bersabar.

"Mira, kan doktor cakap Farhan dah stabil cuma dia perlukan rehat aja, kejap lagi bangunlah Farhan nia, kamu tak usah risaukan dia," pujuk nenek walapun nenek sendiri risaukan cucunya itu.

" Nek, semalam saya mimpi Farhan semakin jauh dengan saya bila saya mendekatinya,saya takut nek," Mira terus memeluk erat ibunya.

"Assalamualaikum, mak, camner Han mak? sudah sedarkah dia?" Tanya En Rahim sebaik sahaja masuk ke wad.

" Waalaikummussalam", jawab kami serentak.

"Belum Him, nek asa dia masih penat tuh, banyakkan darah Han keluar, kesian lak nek tengok Han, Mira pulak tak cukup tidur temankan Han, Mira pergilah berehat, nanti Mira pula sakit," pujuk nenek, Aku hanya menggelengkan kepalaku.

"Mira, terima kasih sebab temankan Han, Mira pergilah berehat dulu, kami boleh jaga, lagipun Mak Cik kamu ni kan ada." En Rahim bersuara.

"Tak apalah Pak Cik, saya nak tunggu Han sedar dulu," jawabku dan terus menghulurkan air untuk En Rahim dan Pn Khadijah.

Dua hari berlalu, aku masih mimpikan benda yang sama setiap kali aku terlelap, apakah petandanya?

Aku bangun dan menjalankan solat supaya Han cepat-cepat sedar, aku memberinya kata-kata semangat. Tidak lupa untuk membacakan ayat-ayat suci ditelinganya. aku harap moga Farhan boleh mendengarnya.

Sedang aku membaca Al-Quran, aku terlihat gerakan jari Han, aku terus memanggil jururawat, jururawat diiringi doktor memeriksa keadaan Han.

Aku bersyukur kerana Han telah sedar, aku terus menelefon nenek dan ibu. Tidak lama selepas itu mereka sampai bersama-sama ibu dan ayah Han.

Farhan dibenarkan keluar wad, cuma memerlukan kerusi roda kerana kehilangan darah dalam bandanya membuatkan Farhan tidak dapat banyak bergerak. Aku menolak troli kerusi roda, dan terus membawanya ke kereta. Farhan hanya melemparkan senyuman, tiada sepatah kata yang keluar di bibirnya.

" Ibu, saya dan nek mahu pulang ke bandar dah, ibu tak apa ke duk sorang-sorang ni? Kesian lak saya, ke ibu nak saya duk sini lagi beberapa hari?" Soalku sebaik sahaja kami semua siap berkemas barang-barang untuk pulang ke kota memandangkan cuti raya kami sudah habis. Hampir 2 minggu kami di sana.

" Tak apalah Mira, kamu baliklah Mira, lagipun kakak kamu ada telefon mak semalam nak pulang 2, 3 hari lagi, jadi mak tak adalah kesorangan nanti," jawab ibuku.

"Kalau camtu saya balik dulu ye mak?" Aku terus bersalam dan aku menyatakan hasratku untuk membawa mak bersama ke bandar nanti mak sudah bersedia, aku mahu mak berada di sisiku, tambah lagi, sejak mak kehilangan ayah, mak selalu tinggal sorang-sorang.

"Rosnah, nanti datanglah ke rumah ye, akak akan menunggu kamu, boleh kita berbual dan masak sama-sama lagi, " ajak Pn Mariam.

"Yela Yam, nanti saya pergi rumah Mira saya jumpa akak kat sana yer," balas ibu sebelum kami bertolak.

Keadaan Farhan semakin pulih, Farhan sudah boleh ke pejabat. Keadaan menjadi seperti sediakala, hubungan aku dan Farhan menjadi semakin erat.

Suatu petang....

"Mira, awak tahu saya sayang awak?" Persoalan Farhan membuatkan aku terpana seketika.

"Han, saya tak tahu pun, " jawabku pantas dan memalingkann mukaku ke tempat lain, segan Farhan merenungku.

"Mira tak tahu ke buat-buat tak tahu ni?" soalnya tidak puas hati, dia mencubit lenganku.

"Aduh, sakitlah. saya memang tak tahulah, Han ni, sakit tau." aku terus bangun kononnya merajuk dengan dia.

Aku terkejut bila Farhan menarik lenganku, kini ku berada begitu hampir dengannya. Mukaku tunduk, diangkatnya daguku, aku memejamkan mataku, malu untuk bertentang nata denganku. Jiwaku bergetar, aku rasakan seluruh tubuhku menggigil. Ada getaran di jiwa bila ku dapat rasakan hembusan nafasnya didahiku. aku memberanikan diri membuka mataku, aku terkesima sebentar kerana renungan matanya tepat ke mataku, hatiku terpaut, ku rasakan jiwa kami bersatu. Farhan perlahan-lahan melepaskan ku, jarak antara kami sedikit jauh dari tadi, Farhan memegang tanganku, Kini dia duduk di depanku, sambil tangannya mencapai sesuatu dipoket seluar kanannya, sebuah kotak kecil dikeluarkan, ku terpandangkan sebentuk cincin di dalam kotak transparent itu.

" Mira, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya buat selamanya?" Soal Farhan sambil menghulurkan kotak berbentuk hati.

"Han, saya terima kamu seadanya dan akan menjadi permaisuri hatimu selamanya, saya janji Han, " air mataku menitis ke pipi, Farhan terus menyapu air mata kegembiraanku, dan memegang tanganku erat, seperti tidak mahu melepaskan lagi.

"Terima Kasih Mira, sebab awak menjaga saya masa saya sakit, dah lama saya suka awak, cuma masa tak mengizinkan untuk saya melamar awak." Farhan mencium tanganku, debaran di hatiku kian melonjak.

Kami di satukan.. penyatuan kedua belah pihak dipersetujui.. Impian nenek (Pn Mariam) menjadi nyata... Persandingan kami diraikan dengan penuh gilang gemilang, diraikan oleh staff, orang-orang kampungku dan kawan-kawan terdekat kami, persandingan yang di buat di dewan rakyat kampungku sungguh meriah dengan alunan kompang dan bertemakan warna jingga dan putih diserikan dengan anak-anak kecil yang mengiringi kami. Sungguh indah hari bahagiaku..
Seindah air laut yang bergelora, kebiruaan....langit yang cerah dan sewangi bunga kasturi, alunan lagu yang berentak tradisional, ditambahkan lagi lagu Selamat Pengantin Baru.. Alangkah indahnya hidup bertemankan orang yang mencintai kita..

Sekian...



No comments: