Followers

Powered By Blogger

Thursday, October 6, 2016

BAHAGIANYA HIDUP INI


Bahagia je bile anak2 makin membesar.. Banyak kerenah nak dilayankan.. Masih ku ingat lagi..ketika kecil .. si abang ku terpakse tinggalkan bersama atoknya.. Maklumlah. aku baru menginjak setapak ke dunia pekerjaan yang baru bagiku. Dari bayi..sehinggalah dapar merangkak dan berjalan.. berlari lagi lah..aku gembira..layan kerenah..telatahnya.. bahagiakan hidup? Anak anugerah terindah.. Sekarang...usiaku yang menginjak ke 30-an memberikan seribu satu makna bagi menempuhi dunia yang sentiasa berubah mengikut peredaran. Masihkah kita aman? Aman..in sha allah.. Dengan rahmat dariNYA dan semoga kita semua berada di bawah LindunganNYA..aamin.. Sekarang aku dikurniakan 2 cahaya mata... seorang lelaki dan seorang perempuan.. sepasang sudah cukup buatku.. Kerenah si kecil dengan kemanjaannya.. si abang pula dengan kenakalannya. tapi yang paling aku suka bila si abang menjaga adiknya. Jaga yang camne ey? hahahha... tu la nak cerita cikit ni kerenah anak2 nih. anak2 ni dalam fikiran die bermain sahaja. tak pernah penat nampaknya. main makan tido...haaaa..tu je kejenya. kita yang nak tido ni dikejutkan untuk di ajaknya main bersama. alahai anak2...ibu nak rehat kejap sayang..haaa..tu la ayat kita kat anak2 kan... kadang-kadang ase nak tergelak juga bila si abang ni layan je apa yang adik die nak... adik die nak air...g amek nye air sampai tumpah... pastu ambil la si abang kain..dilapnya air yang tertumpah tadi.. comelkan? walaupon baru je 3 tahun, tapi bila kita pandai mengajar anak2 mereka akan cepat faham melalui tindakan kita sendiri. kita lap bila air tumpah. macam tu la yang anak akan buat.. mereka akan cepat belajar bila kita habiskan masa kita bersama anak2. si abang ni suka juga mengusik adiknya, tapi kadang-kadang, bila nampak si adik ni nengis, die cepat2 tarik adiknya, untuk di bawa ke ibunya yang tengah memasak ni...kdg2 tengah membasuh pinggan la...sampai ke toilet di tariknya kalau kelibat ibunya tiada di dapur. alahai..anak2.... layankan je la kerenah adik manjanya itu.. Masih ku ingat lagi...semasa abangnya kecil...susahnya nak tidurkan die..kena dodoi kat atas bahu baru la tertidur.. lain pula adiknya ni... lagi susah..tak de ibu..lagi la xmahu tidur. nak berkepit aje ni ngan si ibu yang kepenatan ni.. sabar je la wahai hati.. dalam hati kadang2 nak juga merasa tidur di tilam empuk tanpa gangguan. si ayahnya tak pandai nak pujuk si kecil ni.. maklumlah..asyik nak ibu je.. Si kecil ni lagi banyak kerenah daripada si abangnya.. lagi advance la kot.. selalunya orang cakap...anak perempuan lagi cepat belajar. katanya la...tak tahu la kan... anak saya memang camtu la nampaknya... lincah..memang tu sikap si adiknya..berbanding si abangnya..pandai dah diajaknya si abang berborak. bahasa kanak2 mane kita paham kan.. ia kan je apa yang mereka cakap. itulah...serba sedikit nota yang dapat ku coretkan. Buat yang belum ada rezeki anak, banyakkan bersabar, usaha lebih dan tawakkal.. in sha allah, Allah dengar doa kita. Yang ada anak, layanlah kerenah anak dengan prihatin, teratur dan saksama. (nasihat buat diriku jua). Salam Jumaat buat kengkawan semua...

Thursday, July 14, 2016

JIKA ITU JODOHKU

MINAH SEMPOI Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, aku juga merupakan graduan UITM dari bidang Muzik. Aku dan muzik tak dapat dipisahkan. Kat mane-mane aku sunyi petik gitar kapakku ni, nyanyi apatah lagi. Sumbang pon sumbangla janji aku happy. Prinsip hidup aku, hidup biar happy, jangan biarkan jiwa kosong, yang penting, aku tak kacau orang. Serba sedikit tentang aku. Nama penuh Mira Aisa. Single. Anak kedua. Seorang yang sempoi, kelakar, suka tersenyum sorang-sorang (berangan je keje aku). Gambar sebelah ni, hero pujaanku.
Kenal tak? Hahaha.. Tak kenal tak pe, meh nak kenalkan. Nama Choi Minho. Umur 25 tahun. Lahir pada 9 Desember 1991. Suka colour biru. Seorang atlet, pelakon dan model. Semestinya asalnya korea. Golongan darah B. Tinggi 181 cm. Tinggikan? Aku suka minho sebab dia comel, baby face gitu. Bukan aku sorang je yang suka, ramai lagi awek kat sana yang tergilakan dia. Minho. So sweet, senyumannya. Hero pujaan ni. Sampai bila-bila aku suka dia. Pagi ni, aku ade kuliah bersama En Tan Chan, pensyarah vocal kami. Seprang yang agak garang tapi ada juga baiknya, dia suka sakat menyakat pelajar yang banyak membebel dari menyanyi. Biasalah, kelas vocal, nyanyi je la aku. Melalak sambil mataku melirik pada student baru. Alahai, rupanya iras-iras minho aku. Tu yang aku suka curi-curi pandang dia ni. Tapi dia tak tahu pon aku curi pandang padanya. Yela, budak hencem, mane nak tengok budak nerd macam aku ni. Nerd ke? Hahhhhaha… hanya aku yang tahu. Kelas seperti biasa berjalan, aku macam biasa, habis kelas melepak la aku bersama Rita di kafe, library. Kadang-kadang aku p window shopping. Cuci mata, tak habis duet pon. Habis masa. Hahhahaha Sedang aku membelek novel, aku tak perasan lak mamat tu ada kat sebelah, aku ni gelojoh sangat nak panggil Rita yang duk membelek buku masakan di sudut hujung sana, aku terlanggar la bahu mamat minho tuh. Alahai, die senyum je, aku terus minta maaf. Aku terus ke tempat Rita. Aku fikirkan mamat minho tuh blah macam tu je, rupanya die follow aku, kenapalah pulak mamat ni? Rupanya aku tercicir beg duet masa aku langgar die tadi. Jadinya, niatnya nak pulangkan pada aku la. Perasan sengsorang je aku ni, ingat dia nak ngorat aku. Seminggu berlalu, aku dan Rita menghabiskan banyak masa di library untuk study mana yang patut, selain kelas vocal, kami juga ada kemahiran lain yang perlu dipraktikkan. Aku dan Rita mempunyai impian yang sama, iaitu ingin menjadi penulis lirik dan juga ingin menubuhkan group menyanyi. Dengan pengalaman serba sedikit dalam bidang nyanyian ni, aku dan Rita akan gunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Peperiksaan akhir bakal menjelang, aku dan Rita bertungkus lumus untuk berjaya kali ni. Mamat minho pon ade sekali, rupanya die student dari oversea, yang terpaksa menumpang exam di sini sebab mengikut ayahnya pulang bekerja di Malaysia. Boleh pula mamat ni duduk tepi aku, mimpi ape ntah dia ni, ah, lantakla, malas aku fikir. Fokus..fokus, exam ni mira oi. Aku menampar pipiku, aku pon tak perasan mamat tuh asyik lihat aku menampar pipiku, malu aku apabila aku melihat die terkekek-kekek tahan gelak dengan telatah aku. Merah muka aku. Dalam hati, sapa yang tahu tahap malu aku ni. Exam sudah habis, kini tibalah masa untuk kami semua pulang ke kampong memandangkan keputusan lagi dua bulan akan diumumkan. Aku dan Rita akan pulang dengan keretaku, ayahku telah membeli kereta untukku, senang nak p class or mana-mana, baikkan ayahku? Kereta kancil putih. Warna kegemaranku. Terima kasih abah. Tiba-tiba teringat abah di kampong, lagilah buat aku cepat-cepat nak balik kampong ni. Sebelum pulang ke kampong, kami singgah di sebuah restoran bagi mengisi perot sebelum berangkat pulang. Aku memesan nasi goring pattaya dan Rita pula mee goring ladna. Sedang aku menunggu pesanan, aku membuka novel yang aku beli tempoh hari, terkejut aku apabila muka depan novel tersebut ade tertera nama handphone beserta nama Hairi, Aik, sapa lak ni nama Hairi? Pelik.. tapi ku biarkan, malas nak fikirkan. Rupanya sebelum aku membayar novel tempoh hari, mamat minho tuh sudah berpakat dengan cashier kedai buku tu untuk menulis nombor telefonnya di bukuku. Aku je yang tak perasan.
Seminggu sudah kami berada di kampong, Rita bersama keluarganya di kampong sebelah, aku bersama keluargaku, semua bercuti memandangkan sudah penghujung tahun termasuklah kakakku yang berada di Dubai juga turut pulang ke Malaysia. Kehidupan kami berjalan lancar dan bahagia sekali. Kami menerima kunjungan yang telah dirancang oleh teman lelaki kakakku, aku baru sedia maklum akan majlis merisik daripada Azhar, teman lelaki kakakku. Dalam ramai-ramai yang datang, aku perasan mamat minho pon ada.. kenapa dia ade sekali? Rupanya dia adik kepada Azhar, bakal abang iparku. Alahai, mamat ni je yang ada depan mata aku ni. Sabarla hati, jodoh aku kot?? Terperasan lak aku ni kan. “Assalamualaikum, awak, nama saya Ari. “ kenapa tak call saya?” Terkejut aku. “Waalaikumussalam..” mana saya ada nombor awak..” jawabku sambil tertunduk malu. “Tu,,,muncung mulutnya ke arah novel di tanganku.” “Aaaaa…ni nombor awak?” terkejut aku. “Haah.. nanti call, saya tunggu..” Hairi terus hilangkan diri disebalik keluarganya. Hubungan kami menjadi agak rapat sejak kunjungan keluarganya itu. Rombongan merisik sudah, majlis pertunangan kakakku dengan Azhar akan berlangsung lagi 2 minggu, kami semua sibuk mempersiapkan mana yang patut. Aku dan Hairi yang banyak keluar mencari barang bersama abah dan ma.. Biasalah, hanya aku yang ada, adik-adik aku belum mengerti apa-apa lagi kan. Hairi lagila, hanya dia dan Azhar je yang ada, 2 beradik je family dia. Aku keluar bersama mamaku, Hairi lak bersama ibunya. Hubungan kami juga direstui oleh kedua-dua family. Tak lama lagi majlis kami juga akan dilangsungkan sementara menunggu keputusan peperiksaan kami yang lagi tinggal 1 minggu. Berdebar kami semua menunggu keputusan. Keputusan telah keluar dan kami semua mendapat pointer yang boleh dibanggakan. Aku dan Rita meneruskan impian kami manakala Hairi ingin menyambungkan pelajaran dalam bidang lagi tinggi bagi menyenangkan kehidupan kami nanti, maklumlah lagi 3 bulan kami pula akan bertunang. Khabar gembira ini telah aku inform pada Rita. Rita sangat gembira sebab die tahu aku dah lama usha mamat minho ni. Dapat juga aku minho ni. Hahahhaah.. Aku dan Rita telah berjaya menubuhkan group kami. Kami banyak menerima undangan, dan aku rasakan inilah masa untuk aku dan Rita bersungguh dan kami takkan berputus asa. Aku dan Rita juga menolong student baru dalam urusan praktikal bagi menyempurnakan tugasan akhir mereka. Hairi telah menyambungkan pelajarannya di Dubai, dan tak lama lagi dia akan balik untuk majlis kami. Aku dan Hairi akan ditunangkan, dan lagi dua tahun kami akan berkahwin. Tu la perancangan yang telah dipersetujui kedua belah pihak. Kakak aku dan Azhar telah selamat diijabkabulkan seminggu yang lepas. Kehidupan mereka bahagia apabila restu ibubapa bersama. Segala persiapan telah sempurna semuanya, aku dan Hairi bakal melangsungkan perkahwinan lagi seminggu. Debaran penuh di hati kami berdua. Semoga semuanya berjalan lancar harapan kami. Aku dan Hairi sudah 2 minggu tidak bertemu memandangkan Hairi tidak pulang dari Dubai sebab ade assignment perlu dia ciapkan. Hari yang dinanti telah tiba, namun kelibat pengantin lelaki tiada. Aku berdebar. Pihak keluargaku juga begitu. Namun aku sabarkan hatiku. Setengah jam menginjak ke dua jam, debaran di hati tak dapat tertahan. Pihak pengantin datang tanpa Hairi. Mana dia? Soalku dalam hati.
Hatiku hancur, berita pernikahannya bersama Melissa telah sampai ke telingaku. Hatiku hancur tak dapat dicantum kembali. Kenapa sanggup dia lakukan ini padaku? Kenapa? Hanya Hairi yang ada jawapannya. Keluarganya juga tidak mengetahui punca sebenar. Aku padamkan segala memori terhadapnya. Biarkan aku begini. Tanpa lelaki. Aku noktahkan hidupku, single kembali. Hari berlalu, masa berlalu, tahun demi tahun, aku meneruskan kehidupan baru bersama seorang lelaki yang membimbingku semasa aku sunyi. Lelaki itu, yang menyedarkan hidup perlu diteruskan, walaupon dikecewakan, hidup ini adil bagi manusia yang baik sepertiku. Semangat dan dorongan yang telah diberi padaku, aku letakkan ia dalam hatiku ini. Sematkan agar aku dapat melupakan Hairi. Hairi hilang dari hidupku. Kini, Kamal, nama yang terpahat di hati ini. Tanpa majlis yang besar, kami dinikahkan dalam suasana yang sederhana. Aku bahagia disampingnya. Namun satu yang ku pelik yang ada pada Kamal, sikapnya, senyumnya, seiras Hairi. Kenapa Hairi? Aku biarkan dari berfikir benda yang tak penting bagiku. Biarkan ia dibawa angin. Dubai, itulah tempat aku dan Kamal bulan madu. Dubai? Kenapa Dubai? Ah, hilangkan dia daripadaku.
“Mira, salah ke kalau kita mencintai orang yang sudah tidak cinta pada kita?” Tiba-tiba Kamal datang dan memelukku dari belakang. “Kenapa abang tanya camtu?” Aku memalingkan mukaku ke arah suamiku. Aku pelik dengan pertanyaannya. Terselit cemburu dihatiku. Dia masih cinta kekasihnya dahulu ke? “Sebenarnya abang sudah kehilangan orang yang amat cinta, abang tahu dia mesti membenci abang selepas apa yang abang lakukan padanya.” Kamal melangkah ke kerusi. Aku mengikuti langkahnya. “abang, kenapa ni? Cuba cerita pada Mira.” “Mira, abang cintakan Mira dari dulu, sampai sekarang dan selamanya abang akan mencintai Mira.” Kamal memegang erat tanganku. “Abang, Mira pon.” Aku terus memeluk tubuhnya. “Tapi Mira, abang nak mintak maaf sebab ada benda abang rahsiakan pada sayang.” Aku terus mendongak memandang mukanya. “ Abang…” Aku hampir menitiskan air mataku, tapi ku tahan. Aku sudah bersedia mendengar apa sahaja berita kerana bagiku berita dahulu sangat memeritkan. Sekarang aku reda apa yang akan terjadi padaku kerana aku tahu, Tuhan Maha Adil bagi HambaNya. “Sebenarnya, Hairi…” Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kulihat air matanya menitis laju. “ Kenapa abang sebutkan nama dia? Mira dah lupakan dia semenjak kita bersua abang. Janganlah abang ungkit lagi,, Bagi Mira, abanglah segalanya..” Aku turut sebak dan menitislah air mata yang ku tahan tadi. “Abanglah Hairi Mira dulu..” Aku kaget. Ku lepaskan pelukan. “Mira tak percaya, camne abang boleh jadi Hairi? “ Aku menyoalnya bertubi-tubi. “Abang sebenarnya tidak pernah berkahwin dengan Melissa, itu hanyalah cerita rekaan semata-mata . kerana hari kejadian, abang ke airport untuk pulang ke Malaysia, kereta abang dirempuh lori, abang koma dan abang lumpuh.” Hairi @ Kamal menceritakan segalanya kepadaku. Hairi takut aku tidak akan menerimanya dengan keadaannya yang lumpuh. Dan mukanya yang seratus peratus lain, terpaksa menjalankan pembedahan plastic. Keluarga Hairi juga tak sanggup menceritakan kepada keluarga Mira. Sebab itulah pada majlis perkahwinan Mira dan Kamal, hanya sedara sebelah Mira sahaja yang menyambutnya selain sedara jauh Kamal @ Hairi bagi menyembunyikan rahsia sebenar Hairi dan Kamal adalah orang yang sama. Barulah aku faham kenapa perangainya, semua tentangnya sama antara Kamal dan Hairi. Rupanya orang yang sama. Orang yang aku cintai. Ya Allah, besarnya dugaan kami. Aku bersyukur, Tuhan masih sayangkan kami. _TAMAT_

Tuesday, June 14, 2016

.....cintailah aku sepenuh hati: BEraLuNan LaGu....SeiNdah BunGa di TaMan....seMerbak Kasturi...

.....cintailah aku sepenuh hati: BEraLuNan LaGu....SeiNdah BunGa di TaMan....seMerbak Kasturi...

TAKDIR SEBUAH PERTEMUAN

Deringan jam… bermaksud aku perlu bangun.. Dengan malasnya Alya memaksakan diri untuk bangun. “ Bangun Alya”, omel Alya sendirian. “Siti, bangun mandi, jomlah temankan aku” kejut Alya pada kawan sebiliknya. “ Jap Alya, bagi aku 5 minit”, balas Siti. Mereka sama-sama menuju ke ruang mandi di hujung blok sebaik sahaja Siti bangun. Dalam Kelas… “Okey kawan-kawanku, hari ni kelas batal”. Kedengaran Suara Maisara di depan kelas. “Nape batal Sara?, Puan Diana sakit ker?” Tanya Zila, kawan kuliahku. “Bukan, Puan Diana balik kampong, ada hal urgent katanya, balas Sara. “Ooooo” melopong mulut Siti didorongnya rasa nakal Alya, disumbatnya kertas yang ada ditangannya ketika itu. “Oit, kau ni Alya” balas Siti sambil tanggannya mencubit pipi Alya. Aku hanya mampu gelakkan je, sebab memang perangai aku suka mengusik Siti Si Lembap ni. Panggilan aku pada Siti sebab dalam semua hal die lambat, nak ke kelas, nak mandi pon kena ada time extra baru bangun, time makan lagi la, dah bersiap ke kelas pon masih sempat berbaring di tilam empuknya sementara menunggu aku bersiap. Siti..Siti… Kelas kami berjalan lancar pada sebelah petangnya. “Siti, aku nak ke kafe kejap selepas kelas, nak jumpa Adli jap, kau nak ikut tak?” “Mestilah nak, mane boleh bagi kau pergi sorang-sorang.” Balas Siti. “ Ala kau ni, bukan bimbangkan aku kan, ko nak tatap wajah Adli je kan?” Adli sepupu aku, kami sama-sama dapat belajar di kampus yang sama. Siti pula memang ada hati pada sepupu aku yang alim-alim kucing ni. Di Kafe… “Adli, mak sihat? Alya tak sempat balik kampong minggu lepas, ade assignment yang perlu siapkan, “ Omong ku sebaik sahaja bertemu Adli. “ Mak sihat Alya, mak kirim salam rindu kat Alya.” Balas Adli sambil matanya melirik ke arah Siti yang tersenyum sumbing sengsorang di depannya. “Siti, kau ni kenapa?” Nak borak ngan Adli, borak je la, aku tak kacau,” Sambilku menyengitkan mataku ke arah Adli. “Ha,,,a… eh, tak da lah Alya,” tersipu-sipu Siti tertunduk malu. “Siti…” Panggil Adli. “Awak sihat?” Sapa Adli. “Erm..sihat…awak?” Soal Siti kembali. “Sihat….” Balas Adli. “Ehem..ehem..Korang berborakla yer, aku nak carik makanan jap kat depan” Pintasku. “Alamak, aaaaaaaa…..” Hampir tersungkur bila aku terpijak air yang melimpahi dilantai. “ Awak okey? Maafkan saya, tak sengaja.” Terlepas pegangan tangannya di bahuku. “Terima kasih. Kalau tak, dah benjol dahi saya ni,” Alya terus menjarakkan diri dan memohon undur diri. Beberapa hari kemudian.. “Alya, aku dan Adli nak p jogging petang ni, kau nak ikut?” Tanya Siti sebaik sahaja aku selesai solat zohor. “ Boleh juga Siti, tapi aku jogging belakang kau je, tak mau aku kacau korang,” Balasku. “Eh, takde nye la kau kacau, kalau kacau, takkan lah aku nak ajak kau join kami,” Sengih Siti sambil matanya dikenyitkan padaku. Di Taman… “Alya, Siti, dah lama tunggu? Maaflah lambat sikit, ada pelajar baru diperkenalkan tadi kat doom.” Adli seorang lelaki yang agak sopan dan bijak dikampus kami. Sebab itulah ramai yang menaruh harapan padanya. Cuma, Siti je yang dapat menarik minat Adli dengan keayuan dan kesopanan dari segi pemakaian dan tutur katanya. Aku pon senang dengan Siti, Siti sahajalah kawanku dikampus memandangkan dia pon datang dari kampong yang sama denganku. “ Jom, jogging”.. Adli meluru ke depan dulu. Aku membiarkan Adli dan Siti ke depan dahulu sebab aku mahu berjalan di tepi tasik dulu. Aku duduk di bangku yang disediakan. Kelihatan beberapa pelajar yang sedang menelaah buku, ada yang hanya berbual kosong. Pandangan mataku jatuh pada susuk tubuh seseorang yang berada di bawah pokok di hujung sana. Ku lihat ditelinganya ada “earphone” dan ditangannya ku rasakan seperti sebuah buku. Aku memberanikan diri menghampiri lelaki itu. “Assalamualaikum…” Salam kuberi. “Waalaikummussalam ..” Sahut pelajar itu sambil mendongakkan sedikit kepalanya. “Awak…..ingat saya lagi tak”. Soalku sebaik sahaja berada di depannya. “Eh, awak..ingat… Silakan duduk.” Pelawanya. “Tak pe la awak, saya saja je datang ni nak ucapkan terima kasih lagi sekali dan lupa nak tanya nama awak..” “Nama saya Hariz.. Student baru kat sini.” Balasnya dengan senyuman ikhlasnya. “Ooo..selamat berkenalan.. Saya pergi dulu ye.. Kawan saya tengah tunggu tuh..” Aku berlalu, aku saja menegurnya untuk tahu namanya sahaja, senang untukku bertegur sapa di lain hari. “ Siti, mak aku call tadi, mak cakap ada hal penting nak kena bincangkan, jadinya minggu ni aku balik kampong tau, kau nak ikut tak?” Soalku “Boleh juga, aku temankan kau, risau aku kau drive sorang-sorang..” Itulah sikap Siti yang paling aku respect, sanggup ke sana ke mari bersama aku. Hujung minggu kunjung tiba. 3 jam berlalu.. selamat kami sampai di kampong kami, Kampung Sg Karang Darat, Kuantan Pahang.Tempat aku, Siti dan Adli dibesarkan. Tempat kami bermain bersama, menangis bersama, semuanya kami lalui di sini. “ Mak,…” Sahutku sebaik sahaja nampak kelibat ibuku. “Assalamualaikum mak, sambilku mencium tangan ibuku. Usia ibunya dalam pertengahan 60-an . Kedutan-kedutan di tangannya agak kelihatan tapi ibuku masih sihat mengerjakan kerja dikebun bersama ayah. “Waalaikummussalam Alya, dah sampai pon kamu, Siti, naik dulu, minum-minum petang dah mak siapkan ni..” Pelawa ibuku sebaik sahaja Siti melangkah keluar dari keretaku. Ibuku membahasakan dirinya mak kepada Siti kerana Siti pernah dijaganya ketika masih kecil kerana ibunya telah meninggal dunia selepas melahirkan Siti. Siti dibesarkan oleh bapanya yang telah mengahwini seorang wanita bekerjaya. Tetapi sikap ibu tirinya sebaik ibu kandungnya sendiri kerana wanita itu telah menganggap Siti seperti anak kandungnya. Kehidupan Siti amat bahagia walaupon ketiadaan ibu kandungnya kerana dilimpahi dengan kasih saying ayah, ibu tiri dan dua abangnya yang sudah bekerja di Ibu Kota. Petang itu kami hanya berbual kosong bersama mak. Ayah masih dikebun, mengerjakan kebun yang telah diamanahkan oleh Tuan Helmi, pengusaha yang berjaya dalam kampong kami. Tuan Helmi memang cukup dikenali dengan sikap peramahnya, sikap keluhuran hatinya dan tak lokek untuk menderma pada orang-orang kampong yang tidak berkemampuan. Sikapnya disenangi oleh penduduk kampong. Duda anak satu, itulah kedudukan Tuan Helmi sekarang. Tuan Helmi tidak mahu tempat isterinya diganti oleh sesiapa sahaja kerana die terlalu sayangnya isterinya yang telah kembali ke Rahmatullah dalam kemalangan lima tahun lepas. Malamnya… “Alya, kamu istirehatlah secukupnya, besok kita bincangkan ye..” Lembut sapaan ibunya sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke bilik Alya. “Okey Ibu. .” Balas Alya sambil tanggannya mencium dan memeluk ibunya dengan penuh kasih sayangnya. Ayahnya masih di depan TV dengan surat khabar masih di tangan. Maklumlah, siang hari hingga ke petang sibuk mengerjakan kebun yang diamanahkan kepada ayah. Semakin murah rezeki mak dan ayah sejak mengusahakan kebun tersebut. Keesokannya… “Selamat pagi mak, ayah, jom makan sama-sama, Alya dah sediakan sarapan pagi untuk mak dan ayah ni.” Sapa Alya sebaik sahaja ibu dan ayahnya ke dapur. “Terima kasih nak, awal kamu bangun ni, mak baru je nak bangun siapkan makanan untuk ayah kamu ni,” Balas mak sambil tanggan menyeduk nasi ke pinggan ayah. “Awal mak, Alya sakit perut tadi, terus mandi, solat, datang ke dapur, macam teringin nak makan nasi goreng pagi-pagi ni. Leh masak untuk mak dan ayah sekali,” Alya menuang air ke dalam gelas. Sesudah makan kami sama-sama ke tangga untuk menikmati pagi yang indah di kampong ini. Aku menyapu di halaman rumahku. Agak kesejukan pagi-pagi ini, ku lihat mak menyarung baju yang agak tebal. Kedutan dimuka ibuku makin kelihatan. “Alya…” Panggil ibuku sebaik sahaja aku siap menyapu. “Ye mak…” Sahutanku. “ Mak ada perkara nak dibincangkan ni.. tapi mak minta maaf awal-awal yer…” Ibuku memulakan bicaranya. Perasaan sebak aku dapat rasakan dengan riak muka ibuku yang agak muram itu. “ Kenapa ni, mak? Mak tak perlu minta maaf pon..Alya yang perlu minta maaf sebab lambat balik, buat mak terpaksa tunggu dua hari sebelum hujung minggu ni.” Keluhanku. Hanya hujung minggu je aku dapat pulang ke kampungku memandangkan aku sudah di semester terakhir bagi menamatkan pelajaranku dalam bidang Sains Makanan. “ Alya, kamu ada terima surat, tapi mak dah buka dan baca, mak minta maaf ye nak, hal berkaitan kamu ni. Mak buka sebab sampulnya dari Jabatan Pendaftaran Negara, fikir kamu hilang kad pengenalan ke apa ke, senang mak bagitahu kamu dengan segera.” Cerita ibuku panjang lebar. “ Mak, hal Alya, hal mak juga. Alya lagi suka kalau mak tahu hal-hal anak mak ni, kan Alya je anak perempuan mak.” “ Terima kasih anakku.” Mak terus memelukku. Surat yang kuterima rupanya aku telah diterima kerja sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara memandangkan sebelum ini aku ditemuduga semasa aku masih belajar di Universiti Tempatan dengan menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas aku berbincang dengan ibu dan ayahku aku mengambil keputusan untuk menolak tawaran bekerjaku kerana aku masih ingin tamatkan pelajaranku di Bidang Makanan yang amat ku minati ini. Bagiku, rezeki ada dimana-mana, aku rasanya rezeki bukan di Jabatan tersebut. Keputusanku dipersetujui kedua orang tuaku. Selepas 2 hari berada di kampong, tibanya masa aku dan Siti kembali ke kampus bagi menamatkan pelajaran kami yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku diberi bekal nasi minyak oleh ibuku dan aku seperti biasa, menggunakan jalan utama untuk pulang ke UPM memandangkan jalan Highway senang untukku berhenti andai ada apa-apa kerosakan berlaku pada keretaku. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Kini, peperiksaan akhir sudah bermula. Aku, Siti, Adli dan rakan sekuliahku bertungkus lumus menjawab soalan demi soalan. Harapan kami, kami mahu berjaya dan cepat-cepat dapat kerja. Beberapa bulan kemudian… “ Hariz, jom makan..” Ajakan Datin Hani pada anak bujangnya. “Ok mummy..” Hariz sedang turun tangga untuk ke ruang makan. “Hariz, petang ni kamu ada kuliah jam berapa?” Soal mummy Hariz. “Petang ni cancel class mummy, tu yang Hariz tidur umah mummy ni, nak habiskan masa dengan mummy tersayang Hariz ni..” Sambil tanggannya mencubit pipi mummy nya. Anak tunggal la katakan. Manja terlebih dengan mummy nye, daddy selalu ke oversea, tinggallah mummy nyer bersama pembantu rumah saja sementara Hariz tinggal di kampusnya. “ Kalau camtuh, temankan mummy ke Butik Auntie Lina kejap ye..” “Okey mummy, untuk mummy Hariz rela jadi driver.. sepanjang hayat Hariz.” “Eh, kalau cmtuh pas kahwin pon kamu duduk ngan mummy yer.. Boleh?” Soal mummy nye. “Kahwin? Muda ag mummy, tak nak la..” Jawab Hariz sedang mulutnya penuh dengan spaghetti bolognaise hasil air tangan mummynye. Hariz tinggal lagi dua tahun bagi menamatkan pelajarannya di Universiti yang sama tempat Alya belajar. Berkenaan perkenalan Hariz dan Alya, selepas kejadian di kafe kampus dan di tasik tempat pertemuan kedua, Alya dan Hariz ditemukan pada kali ketiga di hadapan kelas Alya. Kejadian yang tidak diduga berlaku bila Alya tertunduk mengutip cebisan kertas manakala Hariz pula jalan sambil tangannya menaip sesuatu di handphonenya. Terjadilah kejadian ketiga, Hariz terlanggar Alya dan kedua-duannya tersadung di hadapan kelas. Selepas pertemuan itulah,mereka menjadi semakin rapat dan selalu berhubung. Keakraban mereka masih lagi ditahap berkawan, tak melebihi itu kerana Hariz masih lagi belajar dan Alya menganggap Hariz sebagai junior nya. Seperti yang dirancang, Hariz dan Datin Hani ke Butik De’ Satique, milik Datin Lina, kenalan lama mummynye ketika belajar dulu di Oxford University. Kenalan lama yang sama-sama berjaya mengharungi liku-liku hidup daripada bujang sehinggalah menjadi isteri kepada Dato’ Hisham, iaitu ayah Hariz dan Dato’ Rahmat suami Datin Lina yang juga mempunyai anak perempuan bernama Marlia. Marlia dan Hariz kenalan kecil di mana masing-masing hanya menganggap sebagai adik dan abang sahaja tetapi Dato’ Hisham dan Dato’ Rahmat memasang angan-angan bagi menyatukan kedua-duanya. “Hariz, kamu nak tunggu mummy ke kamu ada arah tuju lain?” Soal mummy nye sesudah sampai ke Butik Lina. “ Mummy, Hariz nak ke Kafe depan tu kejap yer. Mummy nak apa-apa tak ?” Jawab Hariz sahaja terlihat satu kafe yang baginya menarik minat untuk ke sana dengan namanya yang unik . Kafe Sakura Alya nama yang terpampang di hadapan kafe tersebut. Hariz melangkah masuk ke kafe itu, tercium bauan bunga sakura disekelilingnya, membuatkan Hariz tergoda sekejap dengan bauan tersebut. Sedang Hariz tertunduk mencari kek kesukaanya, Alya lalu membelakangi Hariz tanpa mereka sedari. Kejadian berulang lagi, Alya hampir tersungkur apabila terkena siku Hariz apabila Hariz mahu memanggil pekerja di Kafe untuk order kek yang telah menjadi pilihan tekaknya itu. “ Maafkan saya Cik, saya tak perasaan ada orang dibelakang..” Mata mereka bertembung, dan hanya gelak yang menyusuli ketika itu. “ Memang jodoh saya ni kot, asyik terlanggar je Cik yang manis ni.” Gurau Hariz apabila Alya menutup mulutnya kerana teringat kejadian yang berulang seperti dulu ketika pertama kali ditemukan dengan Hariz si tampan yang manis ni. Gelaran Alya untuk Hariz yang berjaya menambat hatinya sejak pertemuan ketiga di hadapan kelas Alya suatu ketika dulu. “Alya, ini kafe milik kamu yer? Tak bagitahu saya pon..” Hariz memulakan bicara. “Ha’ah.. Segan lah nak bagitahu, kafe ni kecil sahaja kalau nak dibandingkan Kafe kat depan sana.” Balasku dengan perasaan rendah dirinya. “ Ish, awak ni kan, tak de nye la,,,sama je.,,besar ke kecil ke, janji ade saja pengunjung datang, kamu tengok tu Alya, lelaki kat depan meja hujung kanan, matanya dari tadi memandang pekerja kamu tuh, ni mesti kes jatuh hati ni.. Selalu ke die datang sini? “ Soal Hariz. “Hariz, kalau kamu nak tahu, tu sepupu saya la, Adli, die tengah usha kawan baik saya, Siti. Dorang dah bertunang pon Hariz. “ Jawabku sambil membancuh kopi untuk Hariz. Hariz dari dulu memang suka Kopi, tu la yang die tahu tentang kesukaan Hariz selain Hariz juga pernah menceritakan serba sedikit mengenai hobi, warna kesukaan, serta latar belakang keluarganya. “Ooooo,,,” melopong mulut Hariz memandang si Adli dan Si Siti yang asyik tersenyum dari tadi. Memandang antara satu sama lain, serta kenyitan mata Adli kepada Siti membuatkan Hariz tergelak kecil. “Hariz, kamu datang dari mana ni? Sorang je ke?” “Dari rumah, saya temankan mummy ni, mummy ke Butik Auntie Lina, seberang jalan ni je.” Jawab Hariz sambil tangannya memotong kek untuk disuapkan ke mulutnya. “Oooo… bagus anak mummy ni, anak yang baik, nanti masuk syurga..aamin..” Aku bersuara. “ Masuk syurga sama-sama yer..” Seloroh Hariz sambil matanya dikenyitkan padaku. Terkedu aku sekejap. “ Ish, awak ni.” Tersipu-sipu aku. Malu bila Hariz sudah pandai bergurau senda denganku. Hampir setengah jam Hariz menghabiskan masanya berbual denganku. Sekejap rasa masa berjalan ku rasakan, begitu juga bagi Hariz yang tak pernah puas bila bertemu denganku walaupon pertemuan kali ni tanpa dirancang. Bagiku Hariz seorang yang bertanggungjawab pada ibunya, sanggup menemani ibunya ke mana sahaja. Maklumlah anak tunggal mummy dan daddynya. Tanggal 27 April 2016, berlangsungnya Majlis Perkahwinan Siti dan Adli. Aku telah menjemput Hariz dan keluarga bersama untuk memeriahkan majlis sepupuku dan kawan karibku. Majlis itu disambut secara sederhana di Dewan Orang Ramai. Hariz datang bersama Datin Hani memandangkan Dato’ Hisham berada di Dubai. Mak dan Datin Hani telah berkenalan dan dapat ku rasakan ketenangan di sebalik wajah ibuku dengan layanan Datin Hani, walaupon Datin Hani berpangkat tinggi, namun kerendahan dirinya membuatkan ibuku selesa melayannya. “ Awak, kalau saya nak cakap sesuatu boleh tak?” Soal Hariz dengan muka seriunya. “ Boleh, tapi jangan lah buat muka serius camtuh..” terkedu aku dengan cara Hriaz memandangku, bukan macam selalu. “ Alya, awak ni… ermm..” Hariz senyap tiba-tiba membuatkan aku tertanya-tanya. “Hariz, awak okey?” Soalku. “ Alya, kamu cantik hari ni, saya macam dah terjatuh hati pada Alya.” Jujur sangat Hariz ni membuatku terkedu. Aku tidak membalas kata-katanya tetapi aku cuba mengalih topik lain, namun Hariz tetap merenungku dengan renungan yang agak menggoda jiwaku, luruh jantungku rasakan. Aku menjadi tak keruan. “Alya, sudi tak awak menjadi teman hidup saya?” Soal Hariz tiba-tiba. “ Hariz, saya tak dapat bagi jawapan lagi..” Tenang jawapan dariku tetapi hatiku bergolak untuk mengiakan soalan Hariz. “Tak apa Alya, ambil la masa untuk fikirkan, saya tak memaksa.” Tenangnya si Hariz ni, membuatkan jantungku berdegup kencang menunggu suara darinya. Selang beberapa minggu kemudian… Deringan handphoneku dari jauh sudah kedengaran lagu “Bisakah” nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza. “Alya, Hariz call..” Siti memanggilku. Aku berada di belakang dapur, untuk settle kan gelas yang belum dicuci pembantu kedaiku. “Siti, kau tolong jawabkan yer, cakap aku call dia kejap lagi.” Balas Alya. Setengah jam kemudian, aku call Hariz namun tak dijawabnya. Setiap kali call tak berjawab. Aku cuba call telefon banyak kali selepas itu pon tetap tak berjawab. Membuatkan aku risau, aku terus ke rumahnya. Hanya kelibat mummy nye sahaja yang dapat ku lihat dari luar pagarnya. Aku memberi salam, dan mummy terus keluar menyambuktku. Aku terus berlalu selepas mummynya menghidang minuman petang dan menerangkan ke mana perginya Hariz dengan handphonenya tertinggal di rumah, mummy pon dah naik risau, namun aku lega kerana Datin Hani memberitahuku, Hariz ke Office Dato’ Rahmat sekejap. Dato’ Rahmat memanggilnya ke office memandangkan Dato’ Hisham masih berada di Turkey sejak dua hari lepas. Malamnya, Alya tergerak hati untuk menghubungi Hariz, namun hampa kerana panggilan tidak dijawab. Alya tidak berputus asa, kerana debaran dihatinya makin terasa, panggilan dijawab, namun suara Datin Hani didengarinya. “Ya Allah..” Hanya itu yang mampu Alya ucapkan. Hariz dimasukkan ke Hospital Az-Zahra kerana kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Berita kemalangan itu Datin Hani baru sahaja terima jam 8 malam, namun Datin Hani tak sempat menghubungi Alya kerana terlalu risaukan anak lelakinya itu. Datin Hani masih di Hospital ditemani Datin Lina dan anaknya Marlia. Hanya doa yang mampu ku titipkan kerana malam sudah bergerak ke jam 12 malam. Keesokannya, aku terus ke rumah mummy untuk bersama-sama melawat Hariz di Hospital. Kami bersama-sama menuju ke wad yang ditempatkan Hariz. Keadaan Hariz tidak seteruk mana, namun keadaannya tidak stabil kerana luka dalamnya yang agak teruk dari luka luaran. Hatiku sebak, aku tak dapat menerima keadaan Harizku yang kurasakan sebahagian dari hidupku. Sebulan berlalu. “Alya, Doktor cakap Hariz dah tak kan ingat apa-apa lagi ..” Mummy memulakan bicara. “Mummy, bila Hariz nak sedar ni? Alya takut kehilangan dia..” Mummy Hariz sudah sedia maklum akan kehadiran Alya dihati Hariz dan Datin Hani sangat berkenan dengan Alya untuk dijodohkan dengan anak terunanya, namun masalah lain yang tiba. Hariz sudah tak ingat apa-apa, nama Alya pon tidak pernah meniti dimulutnya ketika dia koma. Hanya nama mummy dan daddy sahaja menjadi sebutannya. Berminggu-minggu Hariz tidak sedarkan diri. Alya hanya mampu menitipkan doa dan die juga selalu melawat Hariz di rumah ditemani Siti dan Adli. Datin Hani tidak pernah melarang Alya datang kerana baginya Alya sudah menjadi sebahagian dalam keluarganya. Dua bulan kemudian… “Mummy, Hariz rasa Hariz dah cukup sihat, boleh Hariz sambung belajar di Dubai ye mummy. Hariz nak amek angin sana pula mummy. Nak tenangkan fikiran Hariz..” Panjang lebar Hariz berbual dengan mummynya. Datin Hani tak dapat menolak permintaan Hariz memandangkan Hariz pon baru sihat dari koma dan memerlukan sokongan yang kuat dari keluarga terdekat. Keputusan Hariz ke Dubai juga dipersetujui Dato’ Hisham. Dato’ Hisham juga mempunyai kenalan di sana yang dapat menjaga Hariz tanpa pengetahuan Hariz sendiri. Penerbangan Hariz dijangka akan berlepas malam besok. Segala persiapan telah disediakan. Datin Hani memberitahu Alya tentang perkara tersebut. Alya merancang mahu berjumpa dengan Hariz di Lapangan Terbang besok. Datin Hani menyuruh Alya menunggu di sana. Hariz meminta kebenaran Datin Hani untuk memandu sendiri ditemani Datin Hani dan Dato’ Hisham. Sepanjang perjalanan ke Airport, Hariz banyak berdiam daripada berbual dengan kedua orang tuanya. Perasaan lain menyelinap di hati Datin Hani dan Dato’ Hisham. Sebelum ke Airport, Hariz singgah sekejap ke Kafe Sakura Alya, di mana Hariz seperti teringat sesuatu kenangan yang indah di sana. Hariz memesan air minuman tapi tidak seperti selalu, dia memesan Milo Ais sahaja dan sepotong kek coklat untuk dimakan dalam penerbangan nanti. Kereta Hariz parking di seberang jalan iaitu di depan Butik Satique milik Auntie Lina. Sedang Hariz melintas, datang sebuah motosikal dengan had kelajuan yang agak tinggi dan merempuh Hariz, lalu tersungkur Hariz di depan kereta milik Dato’ Hisham. Dato’ Hisham terus keluar dari kereta dan memapah anaknya dengan keadaan terkejut. Datin Hani terkaku di tempat duduk penumpang belakang. Sepasang mata melihat kejadian itu dari jauh. Darah mengalir dari kepala Hariz. Dengan bantuan orang ramai, Hariz di angkat dan di masukkan ke dalam kereta BMW milik Dato’ Hisham. Dato’ Hisham memandu dengan lajunya dan menuju ke Hospital Az-Zahra. Kejadian berulang lagi, Hariz koma tetapi lebih lama dari dulu, berbulan-bulan lamanya Hariz tidur tanpa bangun. Kedua ibu-bapanya sentiasa menemaninya tanpa memikirkan penat lelah menjaga Hariz yang tidak juga bangun-bangun dari tidurnya. Pelbagai cubaan dilakukan namun tidak berjaya. Doktor yang merawatnya juga memberitahu Dato’ Hisham, peluang untuk Hariz bangun dan kembali sihat amat tipis. Dugaan bagi Datin Hani, Hariz satu-satunya anaknya, dan dia mahu anaknya mempunyai keluarga sendiri dan bahagia namun semuanya tak kan dapat dicapai bila Hariz koma tanpa sebarang reaksi positif. Alya juga tidak pernah tinggalkan Hariz dan selalu datang menemani Hariz di wad. Setiap hari dan hampir sepanjang masa Alya berdoa dan membaca Surah-surah untuk diperdengarkan ke telinga Hariz. Kekuatan dalaman yang diperlukan untuk Hariz bangun melihat dunia ini kembali. Saban hari, waktu demi waktu, Alya akan bertukar ganti dengan Datin Hani menjaga Hariz. Dato’ Hisham juga menyengani sikap Alya yang ikhlas dan tetap tabah menjaga anaknya walaupon Alya belum pernah memberi sebarang jawapan bagi soalan Hariz tempoh hari. Harapanku, Hariz bangun dan aku berjanji akan menjadi permaisuri hatinya sepanjang hidupku. Berkat kesabaran dan juga semangat yang diberikan oleh kami semua, Hariz menggerakkan jarinya dan doctor memberi maklum balas yang positif tentang kesedaran Hariz kerana berjaya mempertahankan jantungnya daripada menjadi lemah dan tidak akan sedarkan dirinya lagi. “Hariz..” Aku memandang Hariz yang kelihatan lemah dengan matanya yang terbuka sedikit sahaja. “Alya..aku rindukan kamu, ke mana kau menghilang? Lama aku sudah tunggu.” Hariz meluahkan perasaannya. Dato’ Hisham telah ke surau bersama isterinya bagi solat sujud syukur akan kesedaran anaknya. Aku menemani Hariz sepanjang ketiadaan mereka. Aku juga memohon diri untuk bersolat dan aku tinggalkan Hariz sebentar yang terlena kerana keletihan dengan suntikan yang telah diberikan doctor untuk Hariz merehatkan dirinya. “Alya, aku mahu tahu jawapanmu, ingat tak lagi aku pernah ajukan soalan itu?” Soal Hariz. “Hariz, saya terima.” Jawabku pendek “Alhamdulillah, terima kasih saying, menerima diri ini yang serba kekurangan.” Hariz tersenyum manis sambil matanya menatapa wajahku. “Alya, nanti bagitahu mak yer kami nak datang meminang kamu hujung bulan ni.” Datin Hani dan Datuk Hisham sudah sedia maklum yang Alya sudah bersetuju untuk menjadi isteri Hariz sebaik sahaja Hariz sedar dari koma. “Ok auntie, uncle..” Jawabku tersipu. Setelah berbincang dan ahli keluargaku juga bersetuju, kami semua sediakan perancangan untuk hari persandingan kami, dari baju pengantin, catering dan juga dewan. Hampir keseluruhannya sudah siap, semuanya berjalan lancar. Hari yang dinanti telah tiba. Aku dan Hariz telah selamat diijabkabulkan. Segalanya berjalan dengan tenang dan sederhana kerana Hariz tidak mahu majlis besar-besaran memandangkan Hariz seorang yang simple dan tidak bermegah dengan title anak Dato’. Kerendahan hatinya yang membuatku tertambat dengan Hariz. Kehidupan kami sangat bahagia. Hariz seorang lelaki yang romantic dan sentiasa buatku berasa tenang dan teramat bahagia. “Alya, terima kasih saying hadir dalam hidup abang.” Hariz memulakan perbualan. “ Sama-sama abang.” Jawabku. “ Sayang, ni hadiah untuk sayang, Mummy dan Daddy kasi pagi tadi.” Hariz menghulurkan sekeping sampul surat kepadaku. “ Wah…terima kasih… Tak sabar rasanya nak pergi bersama abang.” Aku terus memeluk Hariz. “ Abang pon tak sabar sayang..” Hariz mencium dahiku. Kami mendapat tiket berbulan madu ke Dubai. Kehidupan kami berjalan dengan bahagia. -TAMAT-