Followers

Powered By Blogger

Thursday, October 6, 2016

BAHAGIANYA HIDUP INI


Bahagia je bile anak2 makin membesar.. Banyak kerenah nak dilayankan.. Masih ku ingat lagi..ketika kecil .. si abang ku terpakse tinggalkan bersama atoknya.. Maklumlah. aku baru menginjak setapak ke dunia pekerjaan yang baru bagiku. Dari bayi..sehinggalah dapar merangkak dan berjalan.. berlari lagi lah..aku gembira..layan kerenah..telatahnya.. bahagiakan hidup? Anak anugerah terindah.. Sekarang...usiaku yang menginjak ke 30-an memberikan seribu satu makna bagi menempuhi dunia yang sentiasa berubah mengikut peredaran. Masihkah kita aman? Aman..in sha allah.. Dengan rahmat dariNYA dan semoga kita semua berada di bawah LindunganNYA..aamin.. Sekarang aku dikurniakan 2 cahaya mata... seorang lelaki dan seorang perempuan.. sepasang sudah cukup buatku.. Kerenah si kecil dengan kemanjaannya.. si abang pula dengan kenakalannya. tapi yang paling aku suka bila si abang menjaga adiknya. Jaga yang camne ey? hahahha... tu la nak cerita cikit ni kerenah anak2 nih. anak2 ni dalam fikiran die bermain sahaja. tak pernah penat nampaknya. main makan tido...haaaa..tu je kejenya. kita yang nak tido ni dikejutkan untuk di ajaknya main bersama. alahai anak2...ibu nak rehat kejap sayang..haaa..tu la ayat kita kat anak2 kan... kadang-kadang ase nak tergelak juga bila si abang ni layan je apa yang adik die nak... adik die nak air...g amek nye air sampai tumpah... pastu ambil la si abang kain..dilapnya air yang tertumpah tadi.. comelkan? walaupon baru je 3 tahun, tapi bila kita pandai mengajar anak2 mereka akan cepat faham melalui tindakan kita sendiri. kita lap bila air tumpah. macam tu la yang anak akan buat.. mereka akan cepat belajar bila kita habiskan masa kita bersama anak2. si abang ni suka juga mengusik adiknya, tapi kadang-kadang, bila nampak si adik ni nengis, die cepat2 tarik adiknya, untuk di bawa ke ibunya yang tengah memasak ni...kdg2 tengah membasuh pinggan la...sampai ke toilet di tariknya kalau kelibat ibunya tiada di dapur. alahai..anak2.... layankan je la kerenah adik manjanya itu.. Masih ku ingat lagi...semasa abangnya kecil...susahnya nak tidurkan die..kena dodoi kat atas bahu baru la tertidur.. lain pula adiknya ni... lagi susah..tak de ibu..lagi la xmahu tidur. nak berkepit aje ni ngan si ibu yang kepenatan ni.. sabar je la wahai hati.. dalam hati kadang2 nak juga merasa tidur di tilam empuk tanpa gangguan. si ayahnya tak pandai nak pujuk si kecil ni.. maklumlah..asyik nak ibu je.. Si kecil ni lagi banyak kerenah daripada si abangnya.. lagi advance la kot.. selalunya orang cakap...anak perempuan lagi cepat belajar. katanya la...tak tahu la kan... anak saya memang camtu la nampaknya... lincah..memang tu sikap si adiknya..berbanding si abangnya..pandai dah diajaknya si abang berborak. bahasa kanak2 mane kita paham kan.. ia kan je apa yang mereka cakap. itulah...serba sedikit nota yang dapat ku coretkan. Buat yang belum ada rezeki anak, banyakkan bersabar, usaha lebih dan tawakkal.. in sha allah, Allah dengar doa kita. Yang ada anak, layanlah kerenah anak dengan prihatin, teratur dan saksama. (nasihat buat diriku jua). Salam Jumaat buat kengkawan semua...

No comments: