Followers

Powered By Blogger

Sunday, February 13, 2011

jejak langkah ku di CA 107

tanggal 2007...
Dis...
Kakiku melangkah.....
setapak ke depan....
selesai sudah aku mendapatkan penempatan bagi pelajar baru...
CA107....bilik ku kini....
aku ditempat kan ke bilik itu bersama pelajar yang aku tidak tahu apakah topeng disebalik senyuman dan kesombongan mereka (diam sahaja),
ah...malas aku nak fikir...
aku mengemaskan barang-barang ku secepat yang mungkin kerna petang itu kami perlu ke dewan...

sebelum ke dewan...kami mula bertegur sapa....
asal usul dari mana....berapa usiakah mereka??
nampaknya aku lagi tua dari mereka....
ahamdulillah, kesombongan mereka telah aku tolak ke tepi kerna mereka peramah, bukan seperti yang aku fikirkan bila ku menjejakkan langkahku ke bilik 107 itu...

di dewan,
suasana riuh..cam kat pasar...
aduhai..beginikah suasanan di sini?
berbeza dengan suasana di kampus ku dahulu...
lebih berdisiplin..
ermm..takpelah, janji aku dapat belajar di kelas yang ok,,,

seminggu minggu orientasi pelajar baru,
aku dan teman sebilik masing-masing sudah mengenal hampir 50% sikap masing-masing..
teman sebilik ku yang ku panggil wanee, efa, jue...
wanee orang selangor dan satu kos dengan aku...alhamdulillah, ade gak kawan sekelas ku..
efa dan jue pula satu kos...
alhamdulillah masing-masing ada teman utk ke kuliah...

hari demi hari,
mestilah ada pertelingkahan antara kami...
tapi kami cepat-cepat tepis semua masalah...
walaupon aku sekelas dengan wanee,
tapi aku lagi rapat dengan efa,
maybe sebab efa berasal dari negeri pantai timur juga,jadi,
aku lebih senang berkawan dengannya...

sebagai pelajar baru,kami diwajibkan mengikuti kegiatan kokurikulum setiap petang Rabu,
aku dan teman-teman sekelasku seramai 29 orang di tempatkan satu kumpulan...
jadi, perasaan malu itu dapat dibuang...
tapi memandangkan pelatih utk kegiatan itu kurang, kos kami di gabungkan bersama kos-kos lain.
kos mekanikal & kos setiausaha,
erm.....tapi yang buat aku bertambah segan pada mulanya keranan kos mekanikal terdiri dari pelajar lelaki, manakala kos setiausaha terdiri daripada pelajar perempuan,
walaupon agak ramai kumpulan kami, tapi kami boleh bekerjasama antara satu sama lain.

setelah 3 bulan kami menjalani kawad kaki,
pada suatu petang kami dikhabarkan berita bahawa akan menyertai pertandingan kawad iaitu petandingan kawad antara kumpulan-kumpulan polibriged.
kami dipilih dan diasingkan antara pelajar yang pandai berkawad dengan yang tidak pandai.
aku ditempatkan dalam bahagian pandai berkawad kerana aku juga pernah menyertai pertandingan kawad kaki di sekolah dulu selama 5 tahun.
kawan-kawanku juga dipilih...

datangnya hari itu...
hari yang membuatku membuka mataku yang selama ini aku pejamkan untuk mana-mana lelaki di polisas,,,
sambil kami berehat setelah penat berkawad, aku terpandang pelajar lelaki yang bersendirian di hujung kumpulan kami.
aku memberanikan diri menegurnya.
teguran sekadar mahu bertanya, tidak membawa maksud apa-apa...
setelah berbual tidak samapi 5 minit, kawan-kawannya datang, dan menyampuk perbualan kami,
aku tidak megendahkan, dan aku terus berjalan ke arah kawan-kawan aku..
aku fikir dia dan kawan-kawannya akan pergi ke tempat lain..tapi mereka berjalan ke arah kami sambil salah seorang kawan lelaki tadi bertanya pada salah seorang kawan aku siapakah nama aku?
kenapa aku?
bukankah aku sudah beritahu lelaki tu?
cukuplah sekadar memamggilku kakak...sebab aku tak mahu mana-mana lelaki muda memanggil namaku sahaja....
malas aku nak layan....
aku terus bangun dan mengajak kawan-kawanku pergi dari situ...
memandang latihan kami sudah habis, aku dan kawan-kawan terus menuju ke bilik masing-masing.

setelah 6 bulan,
kami akan menghabiskan semester kami dengan peperiksaan ahkir.
aku menumpukan sepenuh perhatianku pada study,
dan,
terus ku lupakan pelajar yang ku tegur di padang beberapa bulan lepas...

alhamdullillah, aku dan kawan-kawanku berjaya menempuh peperiksaan akhir dan kami masing-masing sibuk mencari tiket balik ke kampung....

tibalah hari aku untuk ke bus station....
aku menaiki bus ke station dan menunggu bus express....
bus sampai, tapi aku tidak terus naik kerna mataku terpandang susuk tubuh lelaki itu...
lelaki yang sama yang ku tegur di padang itu,
kenapakah dia juga menuju ke bus yang bakal membawaku ke kampung halaman??
aku harap dia dapat seat yang jauh dari aku,,
aku tak sanggup nak bertegur sapa dengannya,,,
aku terus naik bus, dan mencari seatku,
alangkah terkejutnya aku bila dia berada di sebelah number seatku,
alamak, macam mana ni?
aku memperlahankan kakiku sambil memikirkan apa yang patut aku buat bila aku terpaksa duduk disebelahnya....
seperti yang telah aku jangkakan, si dia menegurku dan mempersoalkan apa yang bermain di fikirannya..
aku menjawab sepatah sahaja bagi setiap soalan dia kerna aku malas nak layan...
aku kemudian mengambil keputusan untuk tidur kerana malas nak berbual-bual dengannya sebab aku tak suka bila setiap kali kami bertembung untuk ke kuliah dia dan kawan-kawannya memanggil namaku. aku serabut....

setelah perjalanan mengambil masa 8 jam,
bus yang kami naiki hampir sampai ke tempat yang dituju,
aku bersyukur kerana telah selamat sampai ke kampung halamanku,
tinggal lagi 5 minit untuk ku berjumpa ayahku yang sudah sedia menungguku di terminal, si dia menegur ku,
dan...
meminta nombor telefonku.
aku serba salah, dn aku terus memberinya nombor yang ntah siapa-siapa yang memiliki nombor itu...
biarlah dia, baru kenal dah nak minta nombor....

aku terus bangun sebaik sahaja bus berhenti di terminal..
aku berjalan turun tanpa menoleh ke belakang lagi.
aku memperlajukan langkah kakiku...
sebaik melihat kelibat ayahku aku terus ke sana dan bersalam.
kami menuju ke rumah selepas itu...
aku membiarkan lelaki itu dengan pelbagai soalan...
aku terus terlupa akan kewujudan lelaki itu sebaik aku melangkah masuk ke rumahku..
bagiku...ade jodoh..aku akan dipertemukan kembali dengan lelaki itu...
kita tunggu dan lihat saja....

tamat-

No comments: