Followers

Powered By Blogger

Sunday, July 31, 2011

SeLaMaT BerPuaSa

Assalamualaikum Pembuka Bicara...
Salam Sayang..Salam Kasih...
Buat Tatapan Pembaca Semua...

Bermulanya sebuah perjalanan..Berakhirnya dengan penemuan...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita menjejaki Bulan Yang Paling Mulia iaitu Bulan Ramadhan....
Dengan berbekalkan kesabaran dan juga berlandaskan keimanan kita sebagai umat Islam wajib menjalani Rukun Islam yang KETIGA....

Buat Teman-Temanku...
Selamat Menjalani Ibadah Puasa,,,
Semoga Kita semua di bawah keberkatanNYA...
Lindungan Yang Maha Esa,,,
Insyaallah....

Maksud Puasa daripada sudut bahasa:
Menahan diri daripada sesuatu.

Maksud Puasa daripada sudut istilah:
Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.


Perkara-perkara Makruh Ketika Puasa

Supaya keutamaan dalam mengerjakan ibadah puasa itu dapat dicapai dengan menjaga segala perbuatan yang makruh.

1)Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir
2)Terlalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa
3)Mengeluarkan kata-kata keji

Jauhilah semampu mu!!!

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1)Makan dan minum dengan sengaja
2)Muntah dengan sengaja
3)Bersetubuh
4)Keluar darah haid atau nifas
5)Gila
6)Mengeluarkan mani pada siang hari
7)Murtad

Perkongsian ilmu itu satu ibadah...
Ibadah itu terbitnya dengan keihklasan di hati..
Alhamdulillah....
Terima Kasih kerana sudi membaca apa yang dikongsikan di atas,,,,
Salam...

No comments: