Followers

Powered By Blogger

Thursday, June 24, 2010

menjejaki satu tapak lagi

awal tahun 1999...
aku menjejakkan kakiku ke sek men....di mana ia penentu masa depanku...
aku yg mencorak...aku yg menghidupkan warna warni hidup aku sendiri...
siang berganti malam..malam hilang pagi menjelma...senja tiba malam menyusul....
rutin harian....pergi sekolah...balik sekolah....tdur....
aku....hanya pelajar yang tidak mengenal apa itu kawan sebenar...kawan yang bakal membuat hidup aku ntah apa2....kawan yg akan mempengaruhi setiap apa yg akan ku lakukan...terlalu banyak dugaan sepanjang aku berada di sekolah itu...iaitu sek men keb kota bharu....
aku suke ade ramai kawan...aku bhgia...aku makin matang bile diri ini mencecah ke angka 14 tahun...fikiran sedikit matang....sedikit malu ngan kawan2 berlainan jantina....
sedikit sebanyak membataskan pergaulan....

hari demi hari...masa demi masa...dan tahun demi tahun...
aku kini berada di tahun yang bakal menunjukkan hala tuju aku...
aku kini hanya tinggal 1 bulan untuk menjalani peperiksaan PMR....
aku telah banyak ketinggalan pelajaran kerana asyik dengan kemewahan dunia yang penuh dengan permainan...
aku banyak menghabiskan masa di rumah...tapi bukan dengan belajar....tapi dengan tdo..makan....tu saje...buku2 aku tinggalkan..sehinggalah terdetik sekecil kuman peperiksaan bakal menyusul...
aku kuatkan semangat ku yg hanya sebesar zarah...sekecil tapak tanganku...
detik tiba....aku kurang yakin akan diriku...
kertas demi kertas telah ku jawab...
namun,...hatiku tidak girang kerna ku tau setiap kertas yang aku jawab xkan mampu memberikan hadiah termahal buat parent ku...hanya setakat gred b yang mampu ku berikan....aku x mampu untuk menunggu hari keputusanku...
ku berserah........

sekarang........hari yg di nanti tiba......
aku memberanikan diri tampil ke hadapan...untuk mengambil sehelai kertas yang sangat penting...iaitu slip PMR.. seperti yg aku sangka...keputusanku setakat cukup2 makan sahaja...sesuailah dengan usaha selama nie yg hanya banyak bermain....

aku tabahkan hati...aku melangkah setapak lagi...form 4 aku ditempatkan ke kelas perdagangan...aku tak tau apa makna perdagangan...lalu hati ini memberontak untuk pertukaran kelas...aku nek turun ke bilik kaunseling bagi memujuk guru kaunseling ku menukarkan ku ke kelas akaun....rayuan ku diterima kerana result aku xseteruk kawan2 ku yang lain ( yang ditempatkan dalam kelas perdagangan)...tapi aku tetap diberi nasihat kelas akaun terlalu susah untuk belajar kerana setakat matematik B,ia tidak dapat membantuku untuk belajar akaun dan matemarik tambahan.
setelah 4 hari berfikir...aku rasa baik aku teruskan di kelas perdagangan walaupon aku xtau hala tuju aku selepas belajar matapelajaran ini..tambahan lagi aku perlu belajar matapelajaran ekonomi asas yang ntah apa2 maksudnya...

sebulan sudah aku berada dalam kelas itu...namun hanya yang mampu ku ucapkan..ku bersyukur kerna ujian pertama aku mendapat markah yang paling tinggi dalam kedua-dua matapelajaran yang amat asing bagi aku. aku mendapat markah 78% bagi matapelajaran perdagangan dan 82% bagi ekonomi asas. cikgu bagi kedua-dua subjek itu memanggilku ke depan dan memujiku di depan pelajar kelasku...aku bangga..ini semua kerna aku rajin mentelaah setiap apa yang cikgu aku beri untuk kami semua.

aku rasa makin suka akan ke semua subjek yg aku ambil...terutamanya subjek yang asing tu dan juga subjek geografi.

masuklah bulan keempat aku...aku baru perasan ade sorg budak lelaki yang asyik memandangku....aku paling benci budak itu...sehinggalah pada suatu hari die memberanikan diri untuk berkenalan denganku. aku hanya mampu senyum kerna aku xsuke bergaul rapat dengan budak lelaki. makin aku jauh rupanya makin dia dekat untuk kenali aku. aku terima salam perkenalan darinya. namun jauh di sudut hatiku, aku xnk bercinta kerna bagiku cinta itu hanya membuang masa ku untuk belajar. namun...hati ini tidak kuat untuk tidak menerima cintanya kerna aku nampak kesungguhannya. hari demi hari....aku lalai...aku leka dalam belajar...sehinggalah pada suatu masa aku dipanggil ke bilik guru kerana keputusan pepriksaan bulananku merundum jatuh...cikgu sangat kecewa dengan sikapku yang asyik dengan cinta. aku sedar selepas menerima teguran itu lalu aku membuat keputusan untuk meninggalkan 'kekasihku' itu,. aku kembali seperti dulu..aku bangun dari jatuh, aku xmahu lagi di panggil ke bilik guru semata-mata kerana cinta. ujian tiba...aku dapat keputusan yang agak baik. cikgu bangga dengan aku buat kali kedua...aku terharu dan aku teruskan usahaku sehinggalah tiba ujian terakhir iaitu ujian hujung tahun. buat pertama kalinya aku dilanda masalah yang agak besar. setiap malam aku diganggu panggilan telefon dari kekasih yang aku tinggalkan. pada waktu sekolah die xkan menggangu ku kerna aku sentiasa bersama kawan2 ku. panggilan demi panggilan dia mencuba tetapi aku tidak menghiraukan sehinggalah ayahku mengangkat dan memberinya nasihat. mamaku pernah memarahinya kerana die pernah datang ke rumahku untuk berjumpa denganku dan ingin ku kembali ke sisinya namun aku xpernah menghiraukannya. cukuplah aku gagal sekali dalam pelajaran. aku sangkakan aku dah selesai dengannya rupanya berita ini sampai ke pihak kaunseling sehinggalah aku di panggil. dia mengadu pada kaunseling bahawa aku yang membuat setiap keputusannya teruk dengan mengatakan aku xmahu menolongnya bile die mahu aku mengajarnya matapelajaran yang die xpaham.aku hanya mampu berdiam kerana dia mengada-adakan ceritanya.sebaliknya dia xpernah bertanyakan padaku.

aku harus kuat...aku harus mengharungi semua ini tanpa memberitahu ibubapaku. aku harus belajar berdikari, aku harus.........

ujian tiba...seperti biase aku menjawab setiap kertas yg ada di depanku.... aku tidak seyakin sebelum ini..fikiranku berkecamuk....

keputusan peperiksaan akhir tahun keluar dan aku hanya mampu kerana usahaku sedikit sahaja mebuahkan hasil namun aku bersyukur kerana setiap matapelajaran aku lulus dan baik.

terima kasih kerana memberikan semangat yang kuat dalam diri ini...

No comments: